TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya dan melindungi orang yang diperkenankan-Nya. Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera, kerana TUHAN memegang tangannya. Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama, tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN, ataupun anak mereka meminta-minta makanan. Mereka sentiasa memberi dan meminjamkan dengan murah hati, dan anak-anak mereka menjadi berkat bagi mereka. Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik, supaya keturunanmu hidup di negeri ini selama-lamanya; kerana TUHAN suka akan kebenaran, dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia. Dia melindungi mereka selama-lamanya, tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
Baca MAZMUR 37
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 37:23-28
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video