MAZMUR 36:6-11
MAZMUR 36:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya TUHAN, kasih-Mu membumbung setinggi langit, kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi. Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar, dan keadilan-Mu sedalam laut. Engkau menjaga manusia dan haiwan. Ya Allah, betapa berharganya kasih-Mu, manusia mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu. Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah dari rumah-Mu; Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu. Engkaulah sumber segala kehidupan, dan kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya. Tetaplah mengasihi orang yang mengenal Engkau, dan berbuat baik kepada orang yang tulus hati.
MAZMUR 36:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Perbenaran-Mu setinggi gunung, penghakiman-Mu sedalam lautan. Ya TUHAN, Engkau melindungi manusia dan haiwan. Betapa berharganya kasih setia-Mu, ya Allah! Oleh itu, anak manusia berlindung di bawah bayangan sayap-Mu. Mereka dijamu sehingga puas dari limpahan kurnia rumah-Mu; dan Kauberi mereka minum dari sungai nikmat-Mu. Kerana pada-Mu pancuran hidup; dalam cahaya-Mu kami melihat cahaya. Teruskanlah kasih-Mu kepada mereka yang mengenal-Mu, dan perbenaran-Mu kepada mereka yang tulus hati. Jangan biarkan kaki orang yang angkuh menerajangku, dan jangan biarkan tangan orang zalim mengusirku.