Mazmur 36

36
Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud, hamba TUHAN.
1 # Rm 3:18. Satu nubuat dalam hatiku
tentang keingkaran orang zalim:
rasa takut terhadap Allah tiada di jiwanya.
2Kerana dia memuliakan dirinya dalam pandangannya sehingga dia tidak tahu keingkarannya dan berasa kebencian.
3Kata-kata daripada mulutnya zalim dan dusta;
dia tidak lagi bijaksana dan berbuat baik.
4Dia merancang kejahatan
di tempat tidurnya;
dia mengikut jalan
yang tidak baik,
dia tidak membenci kejahatan.
5Kasih-Mu, ya TUHAN, menjangkau langit,
kesetiaan-Mu mencecah awan.
6Perbenaran-Mu#36:6 Rangkai kata ‘Perbenaran-Mu’ yang diterjemahkan drpd perkataan Ibrani, ‘tsedaqah’ merangkumi maksud kehendak, kebaikan dan keadilan Tuhan. setinggi gunung,
penghakiman-Mu sedalam lautan.
Ya TUHAN, Engkau melindungi manusia dan haiwan.
7Betapa berharganya kasih setia-Mu, ya Allah!
Oleh itu, anak manusia berlindung di bawah bayangan sayap-Mu.
8Mereka dijamu sehingga puas dari limpahan kurnia rumah-Mu;
dan Kauberi mereka minum dari sungai nikmat-Mu.
9Kerana pada-Mu pancuran hidup;
dalam cahaya-Mu kami melihat cahaya.
10Teruskanlah kasih-Mu kepada mereka yang mengenal-Mu,
dan perbenaran-Mu kepada mereka yang tulus hati.
11Jangan biarkan kaki orang yang angkuh menerajangku,
dan jangan biarkan tangan orang zalim mengusirku.
12Lihatlah, orang yang melakukan kejahatan telah jatuh —
mereka telah digulingkan dan tidak berdaya bangkit lagi!

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 36: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk