MAZMUR 21:1-13
MAZMUR 21:1-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Raja bergembira, ya TUHAN, kerana Engkau menguatkan raja; raja bersukacita kerana kemenangan yang Engkau berikan kepadanya. Engkau telah memenuhi segala hasrat hatinya; Engkau telah mengabulkan permintaannya. Engkau datang kepadanya dengan berkat yang berlimpah, dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya. Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya, bahkan umur panjang untuk selama-lamanya. Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu; Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan. Berkat-Mu kepadanya berlanjutan, dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang. Raja yakin kepada TUHAN Yang Maha Tinggi; baginda selalu selamat kerana sentiasa dikasihi TUHAN. Raja akan menangkap semua musuhnya; raja akan menawan semua orang yang membenci baginda. Raja datang seperti api yang menyala-nyala untuk memusnahkan mereka. TUHAN akan membinasakan mereka oleh kemurkaan-Nya, dan api akan menghanguskan mereka. Raja akan membunuh semua anak mereka, dan menghapuskan semua keturunan mereka. Mereka membuat rancangan, dan berkomplot menentang raja, tetapi mereka tidak akan berjaya. Raja akan melepaskan anak panah ke arah mereka, dan membuat mereka berpatah balik dan lari.
MAZMUR 21:1-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Raja akan bersukacita dengan kekuatan-Mu, ya TUHAN. Dan dengan penyelamatan-Mu betapa gembiranya dia! Engkau telah memberinya hasrat hatinya dan tidak menolak permohonan yang disuarakannya. Sela Engkau melimpahinya dengan berkat kebaikan; Engkau memakaikannya mahkota emas tulen. Dia memohon hidup daripada-Mu, lalu Kaukurniakan — panjang umur untuk selama-lamanya. Penyelamatan-Mu memberinya kemuliaan yang besar; Engkau mengurniainya kehormatan dan kedaulatan. Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu. Kerana raja percaya penuh kepada TUHAN; dengan kasih setia Yang Maha Tinggi dia tidak akan dapat digugat. Tangan-Mu akan memberkas semua musuh-Mu; kekuasaan-Mu akan dapat mencari mereka yang membenci-Mu. Engkau akan membakar mereka dalam nyala api ketika Engkau murka. TUHAN akan menyambar mereka dalam kemurkaan-Nya, dan api itu akan memusnahkan mereka. Segala zuriat mereka akan Kaulenyapkan dari bumi, dan keturunan mereka daripada kalangan anak manusia. Kerana mereka telah berniat jahat terhadap-Mu, mereka menyusun rancangan yang tidak dapat mereka laksanakan. Oleh itu, Engkau akan membuat mereka undur; Engkau akan membidik muka mereka dengan anak panah-Mu. Maha Tinggi Engkau, ya TUHAN, dalam kekuatan-Mu; Kami akan menyanyi memuji kekuasaan-Mu.