Raja akan bersukacita dengan kekuatan-Mu, ya TUHAN. Dan dengan penyelamatan-Mu betapa gembiranya dia! Engkau telah memberinya hasrat hatinya dan tidak menolak permohonan yang disuarakannya. Sela Engkau melimpahinya dengan berkat kebaikan; Engkau memakaikannya mahkota emas tulen. Dia memohon hidup daripada-Mu, lalu Kaukurniakan — panjang umur untuk selama-lamanya. Penyelamatan-Mu memberinya kemuliaan yang besar; Engkau mengurniainya kehormatan dan kedaulatan. Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu. Kerana raja percaya penuh kepada TUHAN; dengan kasih setia Yang Maha Tinggi dia tidak akan dapat digugat. Tangan-Mu akan memberkas semua musuh-Mu; kekuasaan-Mu akan dapat mencari mereka yang membenci-Mu. Engkau akan membakar mereka dalam nyala api ketika Engkau murka. TUHAN akan menyambar mereka dalam kemurkaan-Nya, dan api itu akan memusnahkan mereka. Segala zuriat mereka akan Kaulenyapkan dari bumi, dan keturunan mereka daripada kalangan anak manusia. Kerana mereka telah berniat jahat terhadap-Mu, mereka menyusun rancangan yang tidak dapat mereka laksanakan. Oleh itu, Engkau akan membuat mereka undur; Engkau akan membidik muka mereka dengan anak panah-Mu. Maha Tinggi Engkau, ya TUHAN, dalam kekuatan-Mu; Kami akan menyanyi memuji kekuasaan-Mu.
Baca Mazmur 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 21:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video