MAZMUR 16:5-9
MAZMUR 16:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu. Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku; betapa baiknya semua itu! Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku. Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN; Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira, dan aku selamat
MAZMUR 16:5-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ya TUHAN, Engkaulah warisan dan cawanku; Engkau memberiku rezeki untuk hidup. Garis ukur terjatuh bagiku di tempat yang indah; sesungguhnya, warisan pusakaku sungguh baik. Aku memuji TUHAN yang telah membimbingku; sesungguhnya pada waktu malam suara hatiku juga mengajarku. Aku sentiasa menurut panduan TUHAN. Dia ada di sisi kananku, aku tidak akan goyah. Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira; jasadku juga akan tenteram dalam harapan