Mazmur 16
16
Doa Daud.
1Peliharakan aku, ya Allah,
aku bernaung kepada-Mu.
2Wahai rohku, kau telah berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku;
tiada kebaikan bagiku selain Engkau.”
3Dan orang salih di bumi ini,
merekalah manusia terpuji yang membuatku sukacita.
4Orang yang menyembah tuhan lain
akan berganda deritanya.
Aku tidak akan menerima persembahan minuman korban darah daripada mereka
dan tidak akan menyebut nama mereka.
5Ya TUHAN, Engkaulah warisan dan cawanku;
Engkau memberiku rezeki untuk hidup.
6Garis ukur terjatuh bagiku di tempat yang indah;
sesungguhnya, warisan pusakaku sungguh baik.
7Aku memuji TUHAN yang telah membimbingku;
sesungguhnya pada waktu malam suara hatiku juga mengajarku.
8Aku sentiasa menurut panduan TUHAN.
Dia ada di sisi kananku,
aku tidak akan goyah.
9Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira;
jasadku juga akan tenteram dalam harapan,
10 # Kis 13:35. kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut,
dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.
11 # Kis 2:25-28. Engkau akan menunjukkan aku jalan hidup;
di hadirat-Mu sepenuh bahagia dirasai,
di tangan kanan-Mu nikmat dikecapi selama-lamanya.
Terpilih Sekarang Ini:
Mazmur 16: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited