MAZMUR 106:1-5
MAZMUR 106:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Pujilah TUHAN! Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi. Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN? Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya? Berbahagialah orang yang berlaku adil, yang sentiasa melakukan apa yang benar. Ingatlah aku, ya TUHAN, ketika Engkau menolong umat-Mu; selamatkanlah aku juga, ketika Engkau menyelamatkan mereka. Semoga aku melihat umat-Mu makmur semula, dan semoga aku bersukacita bersama-sama umat-Mu, serta berbangga bersama-sama mereka yang menjadi milik-Mu.
MAZMUR 106:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pujilah TUHAN! Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya. Siapa yang dapat menyebutkan perbuatan-perbuatan TUHAN yang hebat, siapa dapat mengisytiharkan seluruh puji bagi-Nya? Diberkatilah mereka yang menjaga keadilan, dan orang yang melakukan apa yang benar setiap waktu. Ingatlah aku, ya TUHAN, dengan keredaan yang Kauberi, selamatkan aku ketika Engkau menyelamatkan mereka, supaya aku dapat menikmati kemewahan orang pilihan-Mu, supaya aku dapat bergembira dengan rasa sukacita bangsa-Mu, supaya aku dapat merasakan kemuliaan dengan warisan-Mu.