Pujilah TUHAN! Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya. Siapa yang dapat menyebutkan perbuatan-perbuatan TUHAN yang hebat, siapa dapat mengisytiharkan seluruh puji bagi-Nya? Diberkatilah mereka yang menjaga keadilan, dan orang yang melakukan apa yang benar setiap waktu. Ingatlah aku, ya TUHAN, dengan keredaan yang Kauberi, selamatkan aku ketika Engkau menyelamatkan mereka, supaya aku dapat menikmati kemewahan orang pilihan-Mu, supaya aku dapat bergembira dengan rasa sukacita bangsa-Mu, supaya aku dapat merasakan kemuliaan dengan warisan-Mu.
Baca Mazmur 106
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 106:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video