AMSAL 6:5-11
AMSAL 6:5-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu. Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa, tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan. Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun? Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.” Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.
AMSAL 6:5-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lepaskanlah dirimu seperti kijang daripada tangan pemburu, dan seperti burung daripada tangan pemikat. Pergilah kepada semut, hai pemalas, perhatikanlah cara hidupnya dan jadilah arif. Meskipun tidak punya pemimpin, pengawas, ataupun penguasa, ia menyediakan makanannya pada musim panas, dan mengumpulkan perbekalan pada musim menuai. Berapa lama lagi engkau akan berbaring, hai pemalas? Bilakah engkau akan bangun daripada tidurmu? “Tidur sebentar, mengantuk sebentar, lipat tangan sebentar untuk berbaring.” Maka kemiskinan mendatangimu seperti pencuri, dan kesempitan seperti orang bersenjata.