Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu. Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa, tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan. Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun? Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.” Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.
Baca AMSAL 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 6:5-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video