AMSAL 14:29-33
AMSAL 14:29-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh. Hati yang tenang menyihatkan badan, tetapi iri hati bagaikan penyakit barah yang menjadikan tulang reput. Sesiapa yang menindas orang miskin, menghina Pencipta mereka; sesiapa yang baik terhadap orang miskin, menghormati Allah. Orang jahat binasa kerana kejahatan mereka sendiri; orang baik terlindung kerana ketulusan mereka. Hikmat terdapat pada fikiran orang bijak; orang bodoh sama sekali tidak mengenal hikmat.

AMSAL 14:29-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa yang panjang sabar, besar pengertiannya, tetapi orang yang lekas naik darah mempamerkan kebodohan. Hati yang tenteram menyegarkan tubuh, tetapi hasad dengki mereputkan tulang. Sesiapa menindas orang miskin, mencela Penciptanya, tetapi sesiapa yang mengasihani orang yang melarat, memuliakan Dia. Orang durjana dihempaskan kerana kejahatannya, tetapi orang benar mendapatkan pelindung dalam kematiannya. Hikmah wujud dalam hati orang yang berpengertian, bahkan dalam kalangan bodoh pun hikmah dinyatakan.