Sesiapa yang panjang sabar, besar pengertiannya, tetapi orang yang lekas naik darah mempamerkan kebodohan. Hati yang tenteram menyegarkan tubuh, tetapi hasad dengki mereputkan tulang. Sesiapa menindas orang miskin, mencela Penciptanya, tetapi sesiapa yang mengasihani orang yang melarat, memuliakan Dia. Orang durjana dihempaskan kerana kejahatannya, tetapi orang benar mendapatkan pelindung dalam kematiannya. Hikmah wujud dalam hati orang yang berpengertian, bahkan dalam kalangan bodoh pun hikmah dinyatakan.
Baca Amsal 14
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 14:29-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video