AMSAL 13:12-19
AMSAL 13:12-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira. Orang yang menolak firman Allah akan mencelakakan diri, sebaliknya orang yang taat kepada perintah Allah akan mendapat pahala. Ajaran orang bijak bagaikan sumber kehidupan; apabila ada ancaman, ajaran itu menyelamatkan nyawa. Orang bijak mendapat kehormatan, tetapi orang yang tidak dapat dipercayai menuju kebinasaan. Orang bijak sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak, tetapi orang bodoh mengiklankan kebodohan mereka. Utusan yang tidak bertanggungjawab mendatangkan kesusahan, tetapi utusan yang dapat dipercayai mendatangkan kesejahteraan. Orang yang tidak mahu diajar akan menjadi miskin dan hina, tetapi orang yang mengendahkan nasihat akan dihormati. Alangkah baiknya mendapat apa yang diinginkan! Orang bodoh tidak mahu berpaling daripada kejahatan.
AMSAL 13:12-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Harapan yang tertunda menyedihkan hati, tetapi keinginan yang termakbul ialah pokok hayat. Sesiapa yang menghina firman akan membinasakan dirinya sendiri, tetapi orang yang mentaati perintah akan mendapat pahala. Ajaran orang bijaksana ialah mata air kehidupan yang membolehkan orang menghindari jerat-jerat maut. Pengertian yang baik mendatangkan kurnia, tetapi jalan pengkhianat sarat dengan penderitaan. Setiap orang yang bijaksana bertindak dengan pengetahuannya, tetapi orang yang bodoh memperagakan kebodohannya. Pesuruh yang durjana jatuh ke dalam kesusahan, tetapi duta yang setia membawa penyembuhan. Kemiskinan dan aib akan menimpa dia yang melalaikan didikan, tetapi penghormatan menanti orang yang mengendahkan teguran. Keinginan yang termakbul begitu menyenangkan hati, tetapi bagi orang bodoh menjauhkan diri daripada kejahatan sesuatu kekejian.