BILANGAN 15:30-36
BILANGAN 15:30-36 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi sesiapa sahaja, baik orang Israel atau orang asing yang dengan sengaja berbuat dosa, orang itu menghina TUHAN. Orang itu mesti dihukum mati, kerana dia membantah firman TUHAN dan dengan sengaja melanggar salah satu perintah-Nya. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri. Pada suatu hari, ketika umat Israel masih di padang gurun, seorang lelaki kedapatan mengumpulkan kayu api pada hari Sabat. Orang itu dibawa menghadap Musa, Harun, dan segenap umat, lalu orang itu ditahan kerana belum jelas apa yang hendak dilakukan kepadanya. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Orang itu mesti dihukum mati. Dia harus dibawa ke luar perkhemahan dan di sana segenap umat harus merejam dia sampai mati.” Oleh itu segenap umat membawa dia ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
BILANGAN 15:30-36 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi, jika seseorang, baik warga asli mahupun pendatang, berbuat dosa dengan sengaja itu bererti dia mencerca TUHAN dan hendaklah dia disingkirkan daripada kalangan bangsanya. Kerana orang itu telah menghina firman TUHAN dan mengingkari perintah-Nya, maka hendaklah dia disingkirkan daripada kalangan bangsanya. Kesalahannya tertanggung kepada dirinya.” Sewaktu orang Israel berada di gurun, mereka mendapati seorang yang sedang mengumpulkan kayu api pada hari Sabat. Maka orang yang mendapatinya sedang mengumpulkan kayu bakar itu membawa dia kepada Musa, Harun, dan seluruh umat. Orang itu dimasukkan ke dalam tahanan, kerana belum dinyatakan apa yang harus dilakukan terhadapnya. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Hendaklah orang itu dihukum mati. Seluruh umat harus merejamnya dengan batu di luar perkhemahan.” Maka seluruh umat membawa dia ke luar perkhemahan dan merejamnya dengan batu hingga mati, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.