BILANGAN 13:1-15
BILANGAN 13:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman kepada Musa, “Pilihlah seorang antara para pemimpin daripada tiap-tiap suku Israel, dan suruhlah mereka mengintip tanah Kanaan yang hendak Aku berikan kepada umat Israel.” Musa menurut perintah itu, lalu dari padang gurun Paran dia mengutus para pemimpin berikut: Ruben Syamua anak Zakur Simeon Safat anak Hori Yehuda Kaleb anak Yefune Isakhar Yigal anak Yusuf Efraim Hosea anak Nun Benyamin Palti anak Rafu Zebulon Gadiel anak Sodi Manasye Gadi anak Susi Dan Amiel anak Gemali Asyer Setur anak Mikhael Naftali Nahbi anak Wofsi Gad Guel anak Makhi
BILANGAN 13:1-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN berfirman kepada Musa, “Utuslah beberapa orang untuk mengintip keadaan Tanah Kanaan yang akan Kukurniakan kepada orang Israel. Utuslah seorang daripada setiap suku leluhur mereka dan setiap orang itu ialah pemimpin dalam kalangan sukunya.” Musa pun mengutus mereka dari Gurun Paran, selaras dengan perintah TUHAN. Mereka semua ialah ketua orang Israel. Inilah nama mereka: Syamua anak Zakur, daripada suku Ruben; Safat anak Hori, daripada suku Simeon; Kaleb anak Yefune, daripada suku Yehuda; Yigal anak Yusuf, daripada suku Isakhar; Hosea anak Nun, daripada suku Efraim; Palti anak Rafu, daripada suku Benyamin; Gadiel anak Sodi, daripada suku Zebulon; Gadi anak Susi, daripada suku Yusuf, iaitu daripada suku Manasye; Amiel anak Gemali, daripada suku Dan; Setur anak Mikhail, daripada suku Asyer; Nahbi anak Wofsi, daripada suku Naftali; Guel anak Makhi, daripada suku Gad.