TUHAN berfirman kepada Musa, “Utuslah beberapa orang untuk mengintip keadaan Tanah Kanaan yang akan Kukurniakan kepada orang Israel. Utuslah seorang daripada setiap suku leluhur mereka dan setiap orang itu ialah pemimpin dalam kalangan sukunya.” Musa pun mengutus mereka dari Gurun Paran, selaras dengan perintah TUHAN. Mereka semua ialah ketua orang Israel. Inilah nama mereka: Syamua anak Zakur, daripada suku Ruben; Safat anak Hori, daripada suku Simeon; Kaleb anak Yefune, daripada suku Yehuda; Yigal anak Yusuf, daripada suku Isakhar; Hosea anak Nun, daripada suku Efraim; Palti anak Rafu, daripada suku Benyamin; Gadiel anak Sodi, daripada suku Zebulon; Gadi anak Susi, daripada suku Yusuf, iaitu daripada suku Manasye; Amiel anak Gemali, daripada suku Dan; Setur anak Mikhail, daripada suku Asyer; Nahbi anak Wofsi, daripada suku Naftali; Guel anak Makhi, daripada suku Gad.
Baca Bilangan 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Bilangan 13:1-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video