MARKUS 9:43-48
MARKUS 9:43-48 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke dalam neraka, ke dalam api yang kekal. [ Di sana ulat tidak dapat mati dan api tidak pernah padam.] Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dengan kedua-dua belah kaki dibuang ke dalam neraka. [ Di sana ulat tidak dapat mati dan api tidak pernah padam.] Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah mata itu! Lebih baik kamu menikmati Dunia Baru Allah dengan hanya sebelah mata, daripada kamu dengan kedua-dua belah mata dibuang ke dalam neraka. Di sana ulat tidak dapat mati dan api tidak pernah padam.
MARKUS 9:43-48 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau tangan kamu mŭndatangkan shak bagiemu, kudongkanlah akan dia, maka tŭrlebih baik bagiemu masok kadalam kahidopan yang kŭkal dŭngan kudong tangan, deripada kadua blah tangan masok kadalam naraka, kadalam api yang tiada akan dipadamkan skali kali; Maka disanalah hulatnya itu tiada mati, dan apinya itu pun tiada padam. Maka jikalau kakimu mŭndatangkan shak bagiemu, kudongkanlah akan dia, maka tŭrlebih baik bagiemu masok dŭngan tempangmu kadalam hayat yang kŭkal, deripada bŭrdua kakimu itu dibuangkan kadalam naraka, kadalam api yang tiada akan dipadamkan skali kali; Maka disana hulatnya tiada mati, dan apinya pun tiada padam. Maka jikalau matamu mŭndapatkan shak bagiemu, korekkanlah dia, maka tŭrlebih baik bagiemu masok kŭdalam krajaan Allah dŭngan sa’buah mata deripada kadua mata akan dichampakkan kŭdalam api nŭraka. Maka disana hulatnya tiada mati, dan apinya pun tiada padam.
MARKUS 9:43-48 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan kudung sebelah tangan, daripada mempunyai dua tangan tetapi terhumban ke dalam neraka, ke dalam api yang tidak terpadam. Di sana cacingnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam. Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu. Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan kudung, daripada memiliki dua kaki tetapi terhumban ke dalam neraka. Di sana cacingnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam. Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah mata itu. Lebih baik kamu memasuki kerajaan Allah dengan sebelah mata sahaja, daripada memiliki dua mata tetapi terhumban ke dalam neraka. Di sana ‘cacingnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam.’ ”