Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan kudung sebelah tangan, daripada mempunyai dua tangan tetapi terhumban ke dalam neraka, ke dalam api yang tidak terpadam. Di sana cacingnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam. Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu. Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan kudung, daripada memiliki dua kaki tetapi terhumban ke dalam neraka. Di sana cacingnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam. Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah mata itu. Lebih baik kamu memasuki kerajaan Allah dengan sebelah mata sahaja, daripada memiliki dua mata tetapi terhumban ke dalam neraka. Di sana ‘cacingnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam.’ ”
Baca Markus 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 9:43-48
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video