MARKUS 8:27-31
MARKUS 8:27-31 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut kata orang, siapakah Aku ini?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada pula yang berkata Elia, sedangkan yang lain berkata salah seorang nabi.” “Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah!” Lalu Yesus memerintah mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun perkara tentang diri-Ku.” Kemudian Yesus mula mengajar pengikut-pengikut-Nya, “Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, dan tidak akan diterima oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula.”
MARKUS 8:27-31 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka Isa sŭrta murid muridnya pun kluarlah pŭrgi kapada nŭgri Kisaria Filipi: maka dijalan, bŭrtanyalah iya kapada murid muridnya, katanya kapada marika itu, Siapakah orang orang kata aku ini? Maka jawab marika itu, Yahya Pŭmbaptisa: tŭtapi kata sŭtŭngah, Elias; dan kata orang lain, sa’orang deripada nabi nabi. Maka katanya kapada marika itu, Tŭtapi kamu kata siapakah aku ini? Maka jawab Petros sŭrta katanya kapadanya, Bahwa angkaulah dia Almasih. Maka dipintanya kapada marika itu, supaya jangan dikatakan ulih marika itu kapada sa’orang pun derihalnya. Dimulainya mŭngajar akan marika itu, adapun Anak manusia itu dapat tiada mŭrasai sŭngsara, sŭrta ditolakkan ulih orang tua tua, dan kapala kapala Imam, dan khatib khatib, sŭrta dibunohnya, maka kumdian deripada tiga hari kŭlak iya akan bŭrbangkit pula.
MARKUS 8:27-31 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah itu, Yesus dan murid-murid-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang, Aku ini siapa?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata, Yohanes Pembaptis; yang lain berkata, Elia; ada pula yang berkata, seorang daripada nabi.” “Tetapi menurut kamu, Aku ini siapa?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus.” Dengan tegasnya Yesus melarang mereka memberitahu sesiapa pun tentang diri-Nya. Kemudian Yesus mula mengajar mereka bahawa Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan bangkit semula.