MARKUS 6:12-56

MARKUS 6:12-56 Alkitab Berita Baik (BM)

Demikianlah dua belas orang pengikut Yesus pergi dan menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat daripada dosa. Mereka mengusir roh jahat, menyapukan minyak zaitun pada orang sakit, dan menyembuhkan mereka. Raja Herodes mendengar segala kejadian itu, kerana nama Yesus sudah terkenal di semua tempat. Ada orang berkata, “Yohanes Pembaptis sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat.” Tetapi yang lain berkata, “Dia Elia.” Ada pula yang berkata, “Dia itu nabi, seperti salah seorang nabi zaman dahulu.” Ketika mendengar hal itu, Raja Herodes bertitah, “Dialah Yohanes Pembaptis! Dengan perintah beta, kepalanya sudah dipancung, tetapi dia hidup semula!” Dahulu Raja Herodes memberikan perintah supaya Yohanes ditangkap, diikat lalu dimasukkan ke dalam penjara. Raja Herodes berbuat demikian kerana Herodias, yang telah dikahwininya walaupun sebenarnya wanita itu isteri Filipus, saudara Raja Herodes. Yohanes selalu menegur Raja Herodes, katanya, “Tuanku bersalah kerana berkahwin dengan isteri saudara tuanku!” Itulah sebabnya Herodias menaruh dendam terhadap Yohanes dan ingin membunuh dia. Tetapi Herodias tidak dapat melakukan hal itu kerana dihalang oleh Raja Herodes. Raja Herodes takut akan Yohanes kerana Raja Herodes tahu bahawa Yohanes seorang yang baik dan diutus oleh Allah. Oleh itu Raja Herodes menjaga keselamatan Yohanes. Raja Herodes suka mendengar kata-kata Yohanes, meskipun kata-katanya membuat Raja Herodes sangat gelisah. Akhirnya Herodias mendapat peluang pada hari keputeraan Raja Herodes. Raja Herodes mengadakan jamuan untuk semua pegawai tinggi kerajaan, pegawai tentera, dan tokoh-tokoh masyarakat Galilea. Anak perempuan Herodias menari dan menghiburkan hati Raja Herodes serta tetamunya. Oleh itu Raja Herodes bertitah kepada anak gadis itu, “Anakanda ingin apa? Ayahanda akan memberikan apa sahaja yang anakanda ingini!” Lalu Raja Herodes berjanji kepada gadis itu dengan sumpah. Raja Herodes bertitah, “Ayahanda berjanji memberikan apa sahaja yang anakanda minta, bahkan separuh daripada kerajaan ayahanda sekalipun!” Oleh itu gadis itu keluar dan bertanya kepada ibunya, “Apakah yang sebaiknya saya minta?” Ibunya menjawab, “Mintalah kepala Yohanes Pembaptis.” Gadis itu segera kembali kepada Raja Herodes dan berkata, “Anakanda minta ayahanda memberi anakanda kepala Yohanes Pembaptis di atas talam sekarang juga!” Setelah mendengar permintaan itu, Raja Herodes sangat berdukacita. Tetapi Raja Herodes tidak dapat menolak permintaan itu kerana telah berjanji dengan sumpah di hadapan semua tetamunya. Lalu Raja Herodes memberikan perintah kepada askarnya untuk mengambil kepala Yohanes Pembaptis. Askar itu meninggalkan istana, pergi ke penjara lalu memancung kepala Yohanes. Kemudian kepala itu diletakkannya di atas talam, dibawanya ke istana, dan diserahkannya kepada gadis itu. Lalu gadis itu menyerahkan kepala Yohanes kepada ibunya. Apabila pengikut Yohanes mendengar hal itu, mereka mengambil jenazah Yohanes dan mengebumikannya. Rasul-rasul yang diutus oleh Yesus kembali kepada Yesus, dan melaporkan segala yang sudah dilakukan dan diajarkan oleh mereka. Orang yang datang dan pergi di tempat itu sedemikian banyak sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan. Oleh itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Marilah kita pergi ke tempat yang sunyi supaya kita dapat sendirian dan kamu pun boleh berehat sekejap.” Oleh itu mereka bertolak dengan perahu ke tempat yang sunyi. Tetapi orang ramai nampak mereka meninggalkan tempat itu dan mengenal mereka. Lalu orang dari semua kota di kawasan itu berlari melalui jalan darat supaya mendahului Yesus dan pengikut-Nya ke tempat yang ditujui mereka. Apabila Yesus turun dari perahu, Dia nampak orang ramai di situ. Hati-Nya penuh belas kasihan kerana mereka seperti domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajarkan banyak perkara kepada mereka. Apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi. Biarlah mereka pergi ke pekan dan kampung di sekitar sini untuk membeli makanan.” Tetapi Yesus menjawab, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.” Pengikut-pengikut-Nya bertanya, “Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?” Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.” Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, “Lima ketul roti dan dua ekor ikan.” Lalu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau. Mereka pun duduk dengan teratur dalam kelompok. Ada yang seratus orang sekelompok dan ada pula yang lima puluh orang. Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. Jumlah orang lelaki yang makan roti itu kira-kira lima ribu orang. Yesus segera menyuruh pengikut-pengikut-Nya pergi terlebih dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang tasik, sementara Dia menyuruh orang ramai pulang. Setelah Yesus melihat orang ramai itu pergi, Dia pun pergi ke bukit untuk berdoa. Apabila hari sudah malam, perahu pengikut-pengikut Yesus sudah ada di tengah-tengah tasik, sedangkan Yesus seorang diri di darat. Yesus nampak pengikut-pengikut-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan. Oleh itu, kira-kira antara pukul tiga dan enam pagi, Dia berjalan di atas air dan menghampiri mereka. Yesus hendak mendahului mereka, tetapi mereka nampak Dia berjalan di atas air. “Hantu!” teriak mereka. Mereka sangat ketakutan ketika melihat Yesus. Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!” Lalu Dia menaiki perahu mereka dan angin pun teduh. Pengikut-pengikut-Nya sangat hairan, kerana masih belum faham akan apa yang telah berlaku dengan lima ketul roti itu; mereka tidak dapat memahaminya. Mereka menyeberang tasik lalu tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu. Ketika mereka meninggalkan perahu, orang ramai mengenal Yesus dengan serta-merta. Lalu mereka berlari ke seluruh kawasan itu. Di mana-mana mereka tahu Yesus ada, mereka membawa semua orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya. Ke mana sahaja Yesus pergi, baik ke kampung, ke kota, ataupun ke pekan, penduduk di situ membawa semua orang sakit ke padang tempat orang berkumpul. Lalu mereka memohon supaya setidak-tidaknya Yesus membenarkan semua orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Maka semua orang yang menyentuhnya sembuh.

MARKUS 6:12-56 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka kluarlah marika itu pŭrgi mŭngajar, supaya patut orang orang bŭrtaubat. Maka dibuangkanlah ulih marika itu bŭbrapa jin jin, dan diminyakki bŭbrapa orang yang sakit itu disŭmbohkannya akan dia. Maka kadŭngarnlah khabar Isa itu kapada Raja Herodis, kŭrna namanya itu tŭlah tŭrmashorlah bŭrkliling, maka kata Herodis, Yahya Pŭmbaptisa tŭlah bŭrbangkit deripada mati, maka sŭbab itulah pŭkŭrjaan yang bŭrkwasa itu sŭndiri mŭngunjokkan dalamnya. Maka kata yang lain lain, Iya itulah Ilias, dan kata pula yang lain lain, Iya itu sa’orang Nabi, atau spŭrti sa’orang deri pada nabi nabi. Akan tŭtapi apabila didŭngar ulih Herodis, lalu katanya, Iya itulah Yahya yang tŭlah kupŭnggal kapalanya, maka iya tŭlah bŭrbangkit deri pada matinya. Kŭrna adalah Herodis sŭndiri tŭlah mŭnyurohkan mŭnangkap akan Yahya, sŭrta diikatnya akan dia dalam pŭnjara, ulih sŭbab Herodia, istri saudaranya Philipus, kŭrna Herodis sudah kahwen dŭngan dia. Kŭrna Yahya itu tŭlah bŭrkata kapada Herodis, Haramlah bagiemu kahwen dŭngan istri saudaramu. Maka sŭbab itulah Herodia itu mŭnaroh dŭndam akan dia, handak dibunohnya akan dia, tŭtapi iya tiadalah bulih. Kŭrna Herodis itu mŭnakoti akan Yahya, dikŭtahuinya iya itu sa’orang bŭnar lagi suchi, maka itulah dipliharakannya akan dia; maka apabila didŭngar ulih Herodis pŭngajarannya, lalu dipŭrbuatnya bŭbrapa pŭrkara pŭrkara, sŭrta suka chitalah akan mŭnŭngar dia. Maka apabila datanglah suatu hari yang sŭnang, dipŭrbuatlah ulih Herodis suatu pŭrjamuan bagie orang bŭsar bŭsarnya, dan kapala kapala pŭnghulunya, dan kapala kapala pŭgawi nŭgri Galilia, kŭrna hari jadinya. Maka apabila datang anak pŭrampuan Herodia yang tŭrsŭbut itu mŭnari, sŭrta mŭnyukakan Herodis, dan sagala orang yang ada dudok bŭssama sama dŭngan dia, maka kata Raja kapada dayang itu, Pintalah ulihmu kapadaku barang kahandakmu, nŭschaya kubri kapadamu. Maka bŭrsumpahlah iya kapadanya, Barang apa yang angkau minta kapadaku, maka aku akan mŭmbri kapadamu, sampie sŭparoh krajaanku ini. Maka pŭrgilah si‐Dayang itu mŭngatakan kapada ibunya, apakah yang handak kupinta, maka kata ibunya, Kapala Yahya Pŭmbaptisa. Maka datanglah iya sŭgra dŭngan gopohnya kapada Raja, sŭrta mŭminta katanya, Aku kahandaki angkau brilah akan daku kŭlak kapala Yahya Pŭmbaptisa itu dalam sa’buah dulang. Maka Raja pun tŭrlalu banyak susah, akan tŭtapi ulih sŭbab sumpahnya itu, dan sŭbab orang orang yang ada dudok bŭrsama sama dŭngan dia itu, maka tiadalan iya ŭnggan akan dia. Maka sŭbŭntar itu juga disurohkan Raja sa’orang pŭrtandah, sŭrta disurohnya mŭmbawa kapala Yahya itu, maka pŭrgilah iya mŭmŭnggal kapalanya dalam pŭnjara. Lalu dibawalah kapalanya itu dalam sa’buah dulang, sŭrta dibrinya kapada si‐Dayang itu, maka si‐Dayang itu pun mŭmbri itu kapada ibunya. Maka apabila didŭngar ulih murid muridnya itu, lalu datanglah marika itu mŭngambil mayatnya, sŭrta dilŭtakkannya didalam sa’buah pŭkuboran. Maka bŭrkamponglah Rasol Rasol itu skaliaanya kapada Isa, sŭrta dikhabarkannyalah kapadanya sagala pŭrkara, baik barang yang dipŭrbuat ulih marika itu, baik barang yang tŭlah diajarkannya. Maka kata Isa kapada marika itu, Marilah kamu skalian bŭrasing kapada tŭmpat yang sunyi bŭrhŭnti sŭbŭntar, kŭrna banyaklah orang pŭrgi datang, sampie marika itu tiadalah bulih mŭndapat sŭnang handak makan. Maka pŭrgilah marika itu kapada tŭmpat sunyi dŭngan pŭrahu diam diam. Maka dilihat ulih kaum marika itu pŭrgi, banyaklah orang orang yang mŭngŭnal akan Isa, lalu bŭrlarilah iya dŭngan bŭrjalan kaki deripada sagala nŭgri nŭgri itu kluar mŭngikot akan dia, maka datanglah bŭrkampong kapadanya. Maka apabila kluarlah Isa mŭlihat banyak orang, maka tŭrgraklah hatinya kasihan akan marika itu, kŭrna marika itu spŭrti domba yang tiada bŭrgombala adanya, maka dimulainyalah mŭngajar akan marika itu bŭbrapa pŭrkara. Maka apabila hari hampir sŭnjakala, datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Ini tŭmpat sunyi, maka skarang waktu sudah tŭrlampau: Surohkanlah marika itu pŭrgi, supaya bulih dia orang pŭrgi kadalam nŭgri nŭgri bŭrkliling tŭmpat, dan kadalam duson duson, mŭmbŭli bagie dirinya roti, kŭrna marika itu tiada barang apa handak makan. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Brilah kamu makan akan marika itu, maka kata marika itu kapadanya, Bulihkah kami pŭrgi mŭmbŭli roti harga barang dua ratus dinar, akan mŭmbri makan marika itu? Maka kata Isa kapada marika itu, Brapakah roti ada kapada kamu? pŭrgilah lihat; sŭtlah dikŭtahui ulih marika itu, katanya, Lima buah, dan dua ekor ikan. Maka disurohkanlah ulih Isa kapada murid muridnya suroh dudok orang orang itu bŭrklompok klompok diatas rumpot yang hijau itu. Maka dudoklah marika itu bŭrpangkat pangkat, ada yang bŭratus ratus, ada yang lima puloh. Maka apabila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tŭngadahlah iya kŭlangit, sŭrta dibŭrkatinya, lalu dipŭchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya, disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian. Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kŭnyang. Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol pŭnoh sisa sisa dan ikan ikan itu. Maka adapun orang yang makan roti itu ada kira kira lima ribu orang. ¶ Hata maka disurohkannya sagala murid muridnya itu masok kadalam pŭrahu, pŭrgi dahulu kasŭbrang kanŭgri Bethsieda, sŭmŭntara iya mŭnyurohkan pŭrgi orang orang itu. Maka sŭtlah sudah disurohkannya marika itu skalian pŭrgi, maka kŭmbalilah iya kapada sŭbuah gunong akan mŭminta doa. Maka apabila datang pŭtang, pŭrahu itu pun adalah ditŭngah tasik itu, maka tinggallah Isa sa’orang orang didarat. Maka dilihatnya akan marika itu pŭnatlah bŭrdayong ulih sŭbab angin sakal kapada marika itu, maka adalah kira kira sŭprampat malam, datanglah iya kapada marika itu bŭrjalan diatas ayer, maka tŭngah handak dilaluinya akan marika itu, Tŭtapi apabila dilihat ulih marika itu iya bŭrjalan diatas ayer, disangkakannya hantu, lalu bŭrtriaklah marika itu; Kŭrna dilihat ulih marika itu skalian akan dia, susahlah marika itu, maka dŭngan sŭbŭntar itu juga bŭrtutorlah iya dŭngan marika itu, katanya, Sŭnangkanlah hatima, aku ini, janganlah takot. Maka naiklah iya mŭndapatkan marika itu kadalam pŭrahu, angin pun bŭrhŭntilah; maka marika itu pun ajaiblah dalam dirinya tŭrlampau sangat, sŭrta dŭngan hierannya Kŭrna tiadalah marika itu timbang mŭnimbangkan mujizatnya derihal roti itu, kŭrna hati marika itu tŭrlalu kras adanya. Maka sŭtlah sudah dilalui ulih marika itu kasŭbrang, datanglah dia orang kapada tanah Janasreth, maka ditujunyalah kŭdarat. Maka apabila turoulah marika itu deri pŭrahu, bahrulah dia orang kŭnal akan Isa. Lalu larilah marika itu masok kadalam jajahan bŭrkliling tŭmpat itu, sŭrta mŭmulai mŭmbawa orang orang sakit itu diatas katilnya, ditŭmpat didŭngarnya ada Isa. Shahadan maka barang dimana iya masok, baik dalam duson, atau nŭgri, atau didarat darat, maka dibawalah ulih marika itu orang orang sakit dilorong lorong, sŭrta mŭminta kapadanya, supaya bulih dijamah ulih marika itu jikalau kiranya dipancha bajunya skali pun. Maka sŭbanyak orang yang mŭnjamah akan dia itu pun mŭnjadi sŭmbohlah.

MARKUS 6:12-56 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Murid Yesus yang dua belas itu pun pergi menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat. Mereka menghalau banyak roh iblis, dan menyapukan minyak pada ramai orang sakit serta menyembuhkan mereka. Raja Herodes mendengar tentang kejadian itu, kerana nama Yesus sudah terkenal di mana-mana. Ada orang berkata, “Yohanes Pembaptis telah dibangkitkan daripada kematian! Itulah sebab Dia mempunyai kuasa melakukan mukjizat.” Yang lain berkata, “Dia ini Elia.” Ada pula yang berkata, “Dia ini nabi, seperti nabi zaman dahulu.” Ketika mendengar hal demikian, Herodes berkata, “Dia itu Yohanes yang kepalanya telah kupancung, tetapi dia hidup semula!” Sebabnya memang Herodes telah memberikan perintah supaya Yohanes ditangkap, diikat dan dipenjarakan. Herodes berbuat demikian kerana Herodias, isteri kepada saudaranya Filipus, yang telah dikahwininya. Yohanes pernah menegur perbuatan Herodes itu, “Mengambil isteri saudaramu sebagai isterimu adalah haram.” Akibatnya Herodias menaruh dendam terhadap Yohanes dan hendak membunuhnya, tetapi hasratnya terhalang, kerana Herodes takut akan Yohanes. Herodes tahu Yohanes seorang yang benar dan suci, oleh itu dia melindungi Yohanes. Herodes juga suka mendengar kata-kata Yohanes, meskipun kata-kata itu membuatnya sangat gelisah. Akhirnya Herodias mendapat peluang apabila Raja Herodes mengadakan jamuan hari jadinya untuk semua pegawai tinggi kerajaan, panglima dan tokoh masyarakat Galilea. Anak gadis Herodias menari dan menghiburkan Herodes serta tetamunya. Oleh itu, raja berkata kepada gadis itu, “Mintalah daripadaku apa sahaja yang kamu ingini dan akan kuberikan kepadamu.” Dia menyambung dengan sumpah, “Apa sahaja yang kamu minta akan kuberikan kepadamu, walau separuh kerajaanku sekalipun.” Gadis itu pergi bertanya kepada ibunya, “Apakah yang patut kuminta?” Jawabnya, “Kepala Yohanes Pembaptis.” Gadis itu segera kembali kepada raja dan berkata, “Aku mahu kamu berikan kepadaku kepala Yohanes Pembaptis di atas talam sekarang juga.” Lalu raja amat berdukacita, tetapi apakan daya, dia telah bersumpah di hadapan semua tetamunya. Oleh itu, dia tidak mahu menolak permintaannya. Dia pun memberikan perintah kepada askar supaya membawa kepala Yohanes. Askar itu pergi ke penjara lalu memancung kepala Yohanes. Dia membawa kepala itu di atas talam dan menyerahkannya kepada gadis itu. Lalu gadis itu menyerahkan kepala Yohanes kepada ibunya. Apabila murid-murid Yohanes mendengar perkara itu, mereka datang dan mengambil jenazah Yohanes lalu mengebumikannya di dalam kubur. Kemudian rasul-rasul kembali berkumpul dengan Yesus dan melaporkan segala yang telah dilakukan serta diajarkan mereka. Orang yang datang dan pergi di situ begitu ramainya sehingga Yesus dan murid-murid-Nya tidak sempat makan. Oleh itu, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Marilah ke tempat yang sunyi supaya kita dapat bersendirian, dan berehat sebentar.” Mereka pun bertolak dengan perahu ke tempat yang sunyi. Tetapi pada waktu mereka bertolak ramai orang melihat dan mengenal mereka. Orang dari semua kota berlari ikut jalan darat supaya sampai di tempat yang dituju itu sebelum Yesus dan murid-murid-Nya. Apabila Yesus turun dari perahu dan melihat orang ramai di situ, hati-Nya berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka ibarat domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajar banyak perkara kepada mereka. Ketika hari sudah petang, para murid Yesus datang kepada-Nya dan berkata, “Hari sudah hampir malam dan kawasan ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi supaya mereka ke pekan atau ke kampung yang berdekatan untuk membeli makanan.” Tetapi Yesus menjawab, “Kamu berilah mereka makan.” Para murid-Nya bertanya, “Haruskah kami pergi membeli roti berharga dua ratus keping wang dinar untuk memberi mereka makan?” Yesus bertanya, “Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.” Setelah mereka memeriksanya, mereka berkata, “Lima buku roti dan dua ekor ikan.” Yesus mengarahkan mereka supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di atas rumput. Mereka pun duduk dalam kelompok; ada yang seratus orang sekelompok dan ada yang lima puluh orang. Setelah Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan dan ikan sebanyak dua belas bakul. Jumlah orang lelaki yang makan itu kira-kira lima ribu orang. Yesus segera mengarahkan murid-murid-Nya pergi dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang laut sementara Dia menyuruh orang ramai itu pulang. Setelah mereka pergi, Yesus naik ke bukit untuk berdoa. Apabila hari sudah malam, perahu para murid Yesus sudah sampai ke tengah laut sedangkan Yesus seorang diri di darat. Yesus melihat murid-murid-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah bertentangan. Kira-kira antara dinihari dan subuh, Yesus berjalan di atas air menghampiri mereka. Dia hendak mendahului mereka. Tetapi ketika mereka terpandang Dia berjalan di atas air, mereka menyangka-Nya hantu lalu mereka berteriak-teriak. Mereka ketakutan melihat Yesus. Tetapi Dia segera berkata kepada mereka, “Tabahkanlah hatimu! Aku Yesus. Jangan takut.” Dia naik ke perahu mereka, lalu angin pun teduh. Para murid-Nya hairan tercengang. Mereka masih belum mengerti apa sebenar yang berlaku dengan roti itu, kerana hati mereka masih keras. Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu. Sebaik-baik mereka turun dari perahu, orang mengenal Yesus lalu berlari ke serata kawasan dan membawa orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya di mana-mana sahaja Dia berada. Di setiap tempat yang dikunjungi-Nya — baik di kota, di pekan mahupun di kampung — penduduk di situ membawa orang yang sakit ke pasar. Mereka memohon agar sekurang-kurangnya Yesus membenarkan mereka menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami