MARKUS 4:21-41

MARKUS 4:21-41 Alkitab Berita Baik (BM)

Selanjutnya Yesus berkata, “Pernahkah seseorang memasang pelita lalu meletakkannya di bawah pasu ataupun di bawah katil? Tentu pelita itu diletakkannya di atas kaki pelita. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan didedahkan. Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik.” Yesus juga berkata kepada mereka, “Perhatikanlah apa yang kamu dengar! Ukuran yang kamu gunakan untuk menghakimi orang akan digunakan oleh Allah juga untuk kamu - malahan lebih berat lagi! Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi; tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga.” Yesus berkata lagi, “Apabila Allah memerintah, keadaannya dapat diumpamakan seperti seorang yang menabur benih di ladangnya. Pada malam hari dia tidur; pada siang hari dia bekerja. Sementara itu, benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Orang itu tidak mengerti bagaimana hal itu berlaku. Tanah itulah yang menumbuhkan tanaman sehingga berbuah: mula-mula pucuk, kemudian bulir dan akhirnya buah. Manakala buahnya masak, orang itu pun mula menuainya kerana musim menuai sudah tiba.” “Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah?” tanya Yesus. “Perumpamaan apa yang dapat kita gunakan untuk menerangkannya? Keadaannya seperti berikut. Biji sawi adalah benih yang terkecil di dunia. Seseorang mengambilnya lalu menanamnya di tanah. Beberapa waktu kemudian benih itu tumbuh dan menjadi yang terbesar di antara segala tumbuh-tumbuhan. Cabangnya rimbun sehingga burung datang membuat sarang di bawah keteduhannya.” Demikianlah Yesus mengajar dengan menggunakan banyak perumpamaan seperti itu. Dia mengajarkan perkhabaran itu sejauh mana mereka dapat mengerti. Dia sentiasa menggunakan perumpamaan apabila mengajar. Tetapi manakala Dia sendirian dengan pengikut-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya. Pada petang hari itu juga, Yesus berkata kepada pengikut-Nya, “Marilah kita menyeberang tasik.” Sementara Yesus masih di dalam perahu, para pengikut-Nya meninggalkan orang ramai. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus belayar bersama dengan Dia. Ada juga perahu-perahu lain yang belayar bersama-sama. Lalu angin kencang bertiup dan ombak melanda perahu sehingga hampir penuh dengan air. Tetapi Yesus sedang tidur di bahagian belakang perahu itu, dengan kepala-Nya beralaskan bantal. Pengikut-pengikut-Nya membangunkan Dia dan berkata, “Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!” Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah!” Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?” Mereka menjadi sangat takut sehingga mula bercakap sesama sendiri, “Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun taat kepadanya!”

MARKUS 4:21-41 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Maka katanya kapada marika itu, Adakah orang mŭmasang dian dibubohkannya dia dibawah sukatan, atau dibawah tŭmpat tidor, tiada dibubohkannya dikaki dian? Kŭrna suatu jua pun tiada yang tŭrsŭmbunyi, yang tiada akan dinyatakan; baik barang suatu rahsia yang tŭlah ditaroh, mŭlainkan iya itu kŭlak akan tŭrmashor. Jikalau kiranya barang orang yang ada bŭrtlinga akan mŭnŭngar, handaklah iya mŭnŭngar. Maka katanya kapada marika itu, Ingatlah barang apa yang kamu dŭngar, dŭngan sukatan apa yang kamu sukat itu juga akan disukatkan akan dikau, dan kapada orang yang mŭnŭngar itu, iya itu akan dikurniakan lebih. Pada barang siapa yang ada, kapadanyalah juga itu akan dibri, dan pada orang yang tiada, deripadanya itu kŭlak akan diambil mŭski pun apa yang ada kapadanya pun. ¶ Maka katanya, Dŭmkianlah adanya krajaan Allah itu spŭrti sa’orang yang mŭnabor bŭnih ditanah itu. Jikalau tidor kŭlak, dan bangun siang malam, bŭnih itu pun kŭlak bŭrtumboh, tapi tiada iya tahu bagimanakah. Kŭrna bumi itu mŭndatangkan buah sŭndiri dirinya, mula mula batang, kumdian slupat, akhirnya tŭrbit buah deripada slupat itu. Tŭtapi apabila tŭrbitlah buahnya, maka dŭngan skutika itu juga disabitlah ulih si‐pŭnabor, kŭrna musim mŭnuwie itu tŭlah sampielah. ¶ Maka katanya, Dŭngan apakah handak kusamakan akan krajaan Allah ini, atau dŭngan bandingan yang manakah handak kubandingkan akan dia itu. Iya itu spŭrti sa’biji bŭnih sŭsawi, maka apabila ditanamkan dia dibumi, maka iya tŭrlebih kŭchil adanya deri antara sagala bŭnih yang dibumi ini. Akan tŭtapi apabila iya tŭlah ditanamkan, maka bŭrtumbohlah iya, mŭnjadilah iya tŭrlebih bŭsar deripada sagala sayur sayuran, maka kluarlah pŭlŭpanya yang bŭsar bŭsar, sampielah mŭrgŭstua yang diudara itu bulih bŭrtŭdoh dibawah nawangnya. Maka adalah iya bŭrkata kapada marika itu dŭngan umpamaan umpamaan yang dŭmkian ini sŭbrapa yang bulih didŭngar ulih marika itu. Tŭtapi tiadalah iya bŭrchakap kapada marika itu lain deripada pŭrumpamaan; maka apabila Isa sŭrta murid muridnya itu bŭrsunyi sunyi, maka dinyatakannyalah sagala pŭrkara itu kapada marika itu. Maka pada pŭtang hari itu juga bŭrkatalah Isa kapada marika itu, Marilah kita mŭnyŭbrang kasŭbrang sana. Maka sŭtlah sudah disurohkannya pulang bŭlatantara itu, maka dibawalah ulih murid murid Isa akan dia, lagi ada iya dalam pŭrahu juga, dan ada pula bŭsŭrta dŭngan dia pŭrahu pŭrahu kŭchil yang lain. Maka pada masa itu turonlah ribot yang bŭsar, maka ombaknya pun mŭmukol sampie kadalam pŭrahu pŭrahu itu pun pŭnohlah ayer. Maka Isa adalah tidor diburitan pŭrahu itu, lalu dibangunkan ulih marika itu akan dia, katanya kapadanya, Tuhan, tiadakah angkau indahkan, bahwa kami ini akan binasa? Maka bangunlah iya, sŭrta ditŭngkingkannya akan angin itu, sŭrta bŭrkata kapada tasik itu, Diamlah angkau; maka angin itu pun bŭrhŭntilah, sŭrta tŭdoh bŭsarlah skali. Maka katanya kapada marika itu, Mŭngapakah angkau bŭgitu takot? bagimanakah angkau itu tiada bŭriman? Maka kŭtakotanlah marika itu tŭrlalu sangat, bŭrkata sa’orang dŭngan sa’orang, Apa macham orang ini, angin dan tasik itu pun mŭnurot prentahnya.

MARKUS 4:21-41 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Yesus berkata pula, “Pernahkah orang memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu atau katil? Tentu diletakkannya di atas kaki pelita. Yang tersembunyi akan dinyatakan, yang dirahsiakan akan didedahkan. Jika kamu bertelinga, dengarlah.” Selepas itu Yesus berkata, “Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. Sesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya.” Yesus berkata seterusnya, “Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya. Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi. Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah — mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah. Setelah masak, buahnya disabit oleh orang itu dengan segera kerana musim menuai telah tiba.” “Dengan apakah dapat kita bandingkan kerajaan Allah?” kata Yesus lagi. “Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya? Kerajaan Allah itu seperti sebutir biji sesawi paling kecil di dunia yang ditabur di tanah. Tetapi apabila ditabur, benih itu tumbuh dan menjadi tumbuhan yang terbesar. Dahannya begitu rimbun sehingga burung di udara membuat sarang di bawah keteduhannya.” Dengan banyak ibarat yang semacam itu Yesus mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham. Dia tidak berucap kepada mereka tanpa menggunakan ibarat. Tetapi apabila Dia bersendiri dengan murid-murid-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya. Pada petang itu juga, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Marilah kita pergi ke seberang sana.” Ketika itu Yesus di dalam perahu. Para murid-Nya meninggalkan orang ramai itu di pantai lalu belayar bersama-Nya. Ada beberapa perahu lain yang belayar bersama-sama. Lalu angin ribut bertiup kencang dan ombak melanda perahu sehingga hampir dipenuhi air. Ketika itu Yesus sedang tidur di buritan perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para murid-Nya membangunkan Dia lalu berkata, “Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!” Yesus bangun lalu menegur angin dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah!” Angin pun reda dan laut menjadi tenang. Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?” Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, “Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya!”