MARKUS 14:10-11
MARKUS 14:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yudas Iskariot, seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, pergi kepada para ketua imam dengan maksud untuk menyerahkan Yesus kepada mereka. Mereka suka sekali mendengar tawaran Yudas, lalu berjanji memberikan wang kepadanya. Yudas pun mula mencari peluang untuk mengkhianati Yesus.
MARKUS 14:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka adalah Yudas Iskariot itu sa’orang deripada dua blas murid itu, pŭrgilah iya kapada kŭpala kŭpala imam, handak disŭrahkan dŭngan tipu akan Isa kapada marika itu. Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan dia, sukalah marika itu, maka bŭrjanji handak mŭmbri akan dia wang; maka dicharinyalah jalan yang sŭnang, bagimanakah handak disŭrahkannya akan dia dŭngan tipu.
MARKUS 14:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu Yudas Iskariot, seorang daripada murid Yesus yang dua belas itu, pergi kepada ketua-ketua imam untuk mengkhianati-Nya dan menyerahkan-Nya kepada mereka. Ketika mendengar kata-katanya mereka pun sukacita dan berjanji akan memberinya wang. Sejak itu Yudas mencari peluang untuk mengkhianati Yesus.