MARKUS 12:43-44
MARKUS 12:43-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, “Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain. Semua orang lain memberikan persembahan daripada kelebihan kekayaan mereka, tetapi balu ini, walaupun dia sangat miskin, memberikan segala yang ada padanya - dia mendermakan semua nafkahnya.”
MARKUS 12:43-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dipanggil Isa akan murid muridnya, sŭrta katanya kapada marika itu, Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, adapun pŭrampuan bujang mŭskin ini tŭlah mŭnyampakkan tŭrlebih kŭdalamnya, deripada sagala marika itu yang tŭlah mŭnyampakkan kŭdalam pŭrbandahran itu. Kŭrna sagala marika itu tŭlah mŭnyampakkan sŭbab kŭlempahannya, tŭtapi pŭrampuan itu deripada kŭtidakannya tŭlah dichampakkan sŭmua yang ada kapadanya, mŭskipun sagala kahidopannya.
MARKUS 12:43-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus memanggil murid-murid-Nya lalu berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang telah memasukkan wang ke dalam peti persembahan; kerana mereka memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah, tetapi dia daripada kemiskinannya telah memasukkan semua yang ada padanya, seluruh rezekinya.”