MARKUS 12:28-30
MARKUS 12:28-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, “Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?” Yesus menjawab, “Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa. Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’
MARKUS 12:28-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka datanglah sa’orang khatib, sŭtlah didŭngarnya marika itu bŭrbantah bantah bŭrsama sama, dan didapatinya Isa tŭlah mŭmbri jawab bŭtol kapada marika itu, ditanyanya kapadanya, Yang manakah kŭpala skali hukum Allah itu? Maka dijawab Isa akan dia, Adapun yang kŭpala skali hukum Allah itu inilah, dŭngarlah hie Israil; adapun Tuhan Allah kami itu Tuhan yang asa. Maka handaklah kamu mŭngasihi akan Tuhan Allah kamu itu dŭngan sŭgŭnap hatimu, dan dŭngan sŭgŭnap jiwa kamu, dan dŭngan sŭgŭnap ingatanmu, dan dŭngan sŭgŭnap kwasamu: inilah hukum yang pŭrtama itu.
MARKUS 12:28-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seorang ahli Taurat datang mendengar mereka bersoal jawab. Dia menyedari bahawa Yesus telah menjawab dengan baik. Dia pun bertanya kepada-Nya, “Perintah manakah yang terutama?” Yesus menjawab, “Yang terutama antara semua perintah ialah: ‘Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.’ Inilah perintah yang terutama.