MATIUS 9:14-17
MATIUS 9:14-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka tŭtkala itu datanglah murid murid Yahya kapadanya sŭrta bŭrkata, Apa sŭbabnya kami dan orang Farisia puasa bŭbrapa kali, tŭtapi murid muridmu tiada puasa? Maka kata Isa pada marika itu, Bagimanakah bulih sahabat sahabat mŭmpŭlie itu duka chita slagi mŭmpŭlie itu ada bŭrsama sama dŭngan marika itu? Tŭtapi ada kŭlak harinya akan datang, apabila mŭmpŭlie itu akan dilalukan deripadanya, maka pada tŭtkala itulah marika itu akan bŭrpuasa. Sa’orang pun tiada pŭrnah mŭnampalkan sa’kŭping kain bahru pada kain yang lama, kŭrna kŭping tampalan itu mŭnchŭbiskan baju itu, maka koyaknya itu pun mŭnjadi tŭrlebih bŭsar pula. Lagi sa’orang pun tiada pŭrnah mŭnaroh ayer anggor bahru kadalam kulit yang lama, mŭlainkan dapat tiada pŭchahlah kulit itu, dan ayer anggor itu pun tumpahlah habis, dan kulit itu pun binasalah: tŭtapi adalah adat orang mŭnaroh ayer anggor yang bahru itu kadalam kulit kulit yang bahru, supaya kaduanya itu pun tŭrpliharalah.
MATIUS 9:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah itu pengikut-pengikut Yohanes Pembaptis datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapa kami dan orang Farisi kerap kali berpuasa sedangkan pengikut-pengikut guru tidak berpuasa sama sekali?” Yesus menjawab, “Adakah kamu berharap tetamu di jamuan perkahwinan berdukacita selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa. Tidak ada orang menampal pakaian lama dengan seperca kain baru, kerana tampalan itu akan mengecut lalu mengakibatkan koyakan yang lebih besar. Demikian juga tidak ada orang menuang wain baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Jika dia berbuat demikian, kirbat itu akan pecah dan rosak, lalu wain itu akan terbuang. Wain baru harus dituang ke dalam kirbat kulit yang baru juga, supaya kedua-duanya tetap baik.”
MATIUS 9:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, para murid Yohanes Pembaptis mendapatkan Yesus lalu bertanya, “Mengapakah kami dan orang Farisi berpuasa tetapi murid-murid-Mu tidak?” Yesus menjawab, “Patutkah tetamu dalam jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tetapi akan tiba saatnya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa. Tiada siapa akan menampal pakaian lama dengan perca kain baru, kerana tampalan itu akan mengecut dan semakin koyaklah pakaian. Begitu juga, tiada siapa menuangkan air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Kalau dilakukan, kirbat itu akan pecah, air anggur itu akan terbuang dan kirbat itu pun rosak. Air anggur yang baru mesti dituangkan ke dalam kirbat kulit yang baru, dan kedua-duanya selamat.”