Selepas itu, para murid Yohanes Pembaptis mendapatkan Yesus lalu bertanya, “Mengapakah kami dan orang Farisi berpuasa tetapi murid-murid-Mu tidak?” Yesus menjawab, “Patutkah tetamu dalam jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tetapi akan tiba saatnya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa. Tiada siapa akan menampal pakaian lama dengan perca kain baru, kerana tampalan itu akan mengecut dan semakin koyaklah pakaian. Begitu juga, tiada siapa menuangkan air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Kalau dilakukan, kirbat itu akan pecah, air anggur itu akan terbuang dan kirbat itu pun rosak. Air anggur yang baru mesti dituangkan ke dalam kirbat kulit yang baru, dan kedua-duanya selamat.”
Baca Matius 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 9:14-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video