MATIUS 27:45-61
MATIUS 27:45-61 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, “Eli, Eli, lama sabakhtani?” yang bererti, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” Beberapa orang di situ mendengar seruan Yesus, lalu berkata, “Dia memanggil Elia!” Seorang daripada mereka segera lari mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada hujung sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. Tetapi orang lain di situ berkata, “Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia!” Kemudian Yesus berseru lagi dengan nyaring, lalu menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka, dan banyak umat Allah yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka. Apabila ketua askar dan askar-askar yang sedang mengawal Yesus nampak gempa bumi dan segala perkara yang berlaku, mereka ketakutan. Mereka berkata, “Dia betul-betul Anak Allah!” Di situ ada juga banyak wanita yang memandang dari jauh. Mereka datang bersama-sama Yesus dari Galilea dan mereka menolong Dia. Antara mereka ialah Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus dan Yusuf, serta ibu anak-anak Zebedeus. Pada waktu petang, seorang kaya dari Arimatea yang bernama Yusuf datang. Dia juga pengikut Yesus. Dia pergi kepada Pilatus dan meminta jenazah Yesus. Pilatus memberikan perintah supaya jenazah Yesus diserahkan kepadanya. Yusuf mengambil jenazah itu lalu membalutnya dengan kain linen baru. Dia meletakkan jenazah Yesus di dalam kubur miliknya sendiri yang baru dipahat di bukit batu. Kemudian Yusuf menggulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu, lalu dia pergi. Maria Magdalena dan Maria yang lain duduk di situ menghadapi kubur itu.

MATIUS 27:45-61 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka adalah kira kira deripada pukol dua blas tŭngah hari, maka datanglah gŭlap ka’atas sagala bŭnua itu sampielah kira kira pukol tiga pŭtang. Maka adalah sŭkira kira jam pukol tiga, lalu bŭrsrulah Isa dŭngan suara yang nyaring, katanya, Elie, Elie, lama sabahthani, iya itu artinya, Allahku, Allahku, mŭngapa angkau tŭlah mŭninggalkan aku? Adapun sŭparoh orang yang ada disitu, apabila didŭngarnya itu, lalu bŭrkatalah iya, Bahwa iya ini mŭmanggil Ilias. Maka skutika itu juga larilah sa’orang deripada marika itu, sŭrta mŭngambil satu lumot karang yang diisinya dŭngan chuka, lalu dibubohnya ka’atas sa’batang buloh, maka dibrikannya minom akan dia. Maka bŭrkata orang lain, Nanti juga supaya kita lihat kalau kalau Ilias datang mŭlŭpaskan dia. Maka bŭrtriaklah pula Isa dŭngan suara yang nyaring, lalu putuslah nyawanya. Maka hieran, sŭtlah itu tirie ka’abah itu pun bŭlahlah dua deri atas sampie kŭbawah, maka bumi pun gŭmpalah, dan batu batu pun habislah bŭlah bŭlah. Dan kubor kubor pun tŭrbukalah, maka bŭbrapa mayat orang orang saleh yang tŭlah mati pun hidoplah. Maka kluarlah skalian marika itu deri dalam kubornya, iya itu kumdian deripada Isa hidop pula, lalu masoklah marika itu kadalam Bethalmukadis, iya itu klihatan kapada orang banyak. Maka apabila Pŭnghulu sratus orang, dan orang orang yang sŭrtanya mŭnunggu Isa pun mŭlihat gŭmpah bumi, dan sagala pŭrkara yang tŭlah jadi itu, maka kŭtakotanlah iya sangat, katanya, Bahwa sŭbŭnarnyalah iya ini Anak Allah. Maka adapun pŭrampuan banyak disana yang mŭlihat deri jauh, yang tŭlah mŭngikot Isa deri Galilia, bŭrkhodmat padanya. Maka diantara marika itu adalah Mŭriam Magdalini, dan Mŭriam ibu Yakob dan Yuses, dan bonda anak laki laki Zabdi. ¶ Bŭrmula sŭtlah pŭtang hari, maka datanglah sa’orang kaya deri nŭgri Aremathia, yang bŭrnama Yosof, adapun iya itu sa’orang murid Isa juga. Maka pŭrgilah iya kapada Pilatus mŭminta mayat Isa. Maka disuroh Pilatus brikan mayat itu padanya. Sŭtlah sudah diambil ulih Yosof akan mayat itu, maka dikafankannya dŭngan kain puteh halus yang pŭrsih. Maka ditanamkannya kadalam kubornya sŭndiri, iya itu yang bahru dipahatkannya dalam batu, maka digulingkannya pula sa’buah batu yang bŭsar kapintu kubor itu, lalu pulanglah iya. Maka adalah Mŭriam Magdalini, dan Mŭriam yang lain itu, dudok pada fiak hadapan kubor itu.
MATIUS 27:45-61 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dari jam yang keenam hingga jam kesembilan, seluruh negeri itu diselubungi kegelapan. Kira-kira jam kesembilan, Yesus berseru dengan suara yang lantang, “Eli, Eli, lama sabakhtani?” maksudnya “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?” Beberapa orang yang berdiri di situ mendengar seruan itu berkata, “Orang ini memanggil Elia.” Serta-merta seorang daripada mereka mengambil span, memenuhinya dengan air anggur masam dan meletakkannya pada mensiang lalu menawarkannya kepada Yesus sebagai minuman. Yang lain berkata, “Jangan hiraukan Dia; mari kita lihat kalau Elia datang menyelamatkan-Nya.” Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir. Sejurus itu tirai Bait Suci terbelah dua dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terpecah; kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang suci dibangkitkan semula; mereka keluar dari kubur dan selepas Yesus dibangkitkan semula, mereka masuk ke kota suci itu dan menampakkan diri kepada sebilangan besar orang di situ. Apabila ketua tentera dan orangnya yang mengawal Yesus melihat gempa bumi serta kejadian-kejadian lain, mereka pun ketakutan lalu berkata, “Benarlah Dia Anak Allah!” Ramai wanita yang telah mengikut Yesus dari Galilea dan melayani-Nya ada di situ, melihat dari jauh. Antara mereka ialah Maria Magdalena dan Maria ibu kepada Yakobus dan Yusuf serta ibu kepada anak-anak Zebedeus. Apabila malam menjelang, datang seorang hartawan dari Arimatea, bernama Yusuf, yang telah menjadi murid Yesus. Dia pergi menghadap Pilatus dan memohon jenazah Yesus. Pilatus pun memerintahkan orang menyerahkan jenazah itu kepadanya. Yusuf mengambil jenazah itu dan mengafankannya dengan kain linen yang bersih. Dia membaringkan jenazah itu di dalam sebuah makam miliknya yang baru digalinya daripada batu pejal. Kemudian dia menggulingkan sebuah batu besar menutup pintu makam itu, lalu pergi dari situ. Ketika itu Maria Magdalena ada di situ, begitu juga Maria yang seorang lagi. Mereka sedang duduk berhadapan makam itu.