MATIUS 20:29-33
MATIUS 20:29-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan Yerikho, banyak orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar bahawa Yesus sedang lalu di situ. Mereka mula berseru, “Ya Anak Daud, kasihanilah kami!” Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi lebih kuat lagi mereka berseru, “Ya Anak Daud, kasihanilah kami!” Yesus berhenti dan memanggil mereka. Dia bertanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untuk kamu?” Mereka menjawab, “Tuan, kami ingin melihat!”

MATIUS 20:29-33 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka tŭtkala kluarlah marika itu deri dalam nŭgri Jeriko, maka banyaklah orang mŭngikot dia. Sŭbarmula bahwa sasungguhnya adalah dua orang orang buta yang dudok pada sisi jalan, sŭrta didŭngarnya bahwa Isa lalu, maka bŭrtriaklah marika itu katanya, Kasihankanlah kami ya Tuhan, anak Daud. Maka ditŭngkinglah ulih orang banyak akan marika itu, supaya iya diam, tŭtapi makin pula iya bŭrtriak katanya, Kasihanlah kami ya Tuhan, anak Daud. Maka bŭrhŭntilah Isa, sŭrta dipangilnya akan marika itu katanya, Apakah kahandakmu yang bulih aku bŭrbuat padamu. Maka jawab marika itu padanya, Tuhan, supaya mata kami dichŭlekkan.
MATIUS 20:29-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus meninggalkan Yerikho bersama murid-murid-Nya. Ramai orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Yesus lalu di situ lalu berseru, “Wahai Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!” Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi mereka semakin kuat berseru, “Wahai Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!” Yesus berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab mereka, “Tuhan, kami ingin melihat!”