Yesus meninggalkan Yerikho bersama murid-murid-Nya. Ramai orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Yesus lalu di situ lalu berseru, “Wahai Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!” Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi mereka semakin kuat berseru, “Wahai Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!” Yesus berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab mereka, “Tuhan, kami ingin melihat!”
Baca Matius 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 20:29-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video