MATIUS 19:3-8
MATIUS 19:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa orang Farisi datang untuk memerangkap Yesus. Mereka bertanya, “Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan sebarang alasan?” Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan? Kemudian Allah berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.” Orang Farisi di situ bertanya kepada Yesus, “Jika demikian, mengapa Musa memberikan hukum yang membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai?” Yesus menjawab, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian pada mulanya.
MATIUS 19:3-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Arkian datanglah orang Farisia kapadanya handak mŭnchobai akan dia, sŭrta katanya padanya, Adakah patut orang bŭrchŭrie dŭngan bininya kŭrna tiap tiap suatu sŭbab? Maka disahutnya bagie marika itu, sambil bŭrkata, Bahwa bukankah kamu tŭlah mŭmbacha, adapun Tuhan yang mŭnjadikan manusia, pada mulanya tŭlah dijadikannya kaduanya, iya itu laki laki dan pŭrampuan. Maka iya tŭlah bŭrkata, deri sŭbab itu, patutlah manusia ini bŭrjarak deripada ibu bapanya, dan bŭrdamping pada bininya; maka kaduanya itu kŭlak akan mŭnjadi suatu darah daging adanya. Sŭbab itu bukannya marika itu dua, hanya suatu darah daging juga; deri kŭrna itu, barang yang dijodohkan Allah itu, janganlah manusia mŭnchŭriekan dia. Maka bŭrkatalah marika itu padanya, Kalau bŭgitu, apakah sŭbab tŭlah disuroh ulih Musa bri surat chŭrie, maka bahrulah bulih dibuangkan pŭrampuan itu? Maka jawab Isa, Deri sŭbab kras hatimu, Musa tŭlah mŭmbiarkan angkau bŭrchŭrie dŭngan binimu, tŭtapi deripada mulanya bukannya dŭmkian.
MATIUS 19:3-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? Setelah itu, Allah berfirman, ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.” Kata orang Farisi itu, “Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?” Yesus menjawab mereka, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu.