Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? Setelah itu, Allah berfirman, ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.” Kata orang Farisi itu, “Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?” Yesus menjawab mereka, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu.
Baca Matius 19
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 19:3-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video