MATIUS 19:1-15

MATIUS 19:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)

Setelah Yesus mengatakan semua perkara itu, Dia meninggalkan Galilea lalu pergi ke daerah Yudea di seberang Sungai Yordan. Banyak orang mengikut Dia, dan Dia menyembuhkan orang sakit di situ. Beberapa orang Farisi datang untuk memerangkap Yesus. Mereka bertanya, “Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan sebarang alasan?” Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan? Kemudian Allah berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.” Orang Farisi di situ bertanya kepada Yesus, “Jika demikian, mengapa Musa memberikan hukum yang membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai?” Yesus menjawab, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian pada mulanya. Ketahuilah, sesiapa menceraikan isterinya, kecuali kerana perzinaan, orang itu berzina jika dia berkahwin lagi dengan wanita lain.” Pengikut-pengikut Yesus berkata kepada-Nya, “Jika demikian halnya dengan kehidupan suami isteri, lebih baik tidak berkahwin.” Yesus menjawab, “Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang sudah dikurniai oleh Allah kemampuan untuk menerimanya. Banyak sebabnya mengapa orang tidak berkahwin: Ada yang dilahirkan demikian, ada yang dijadikan mandul, dan ada pula yang tidak berkahwin supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah. Biarlah orang yang sanggup menerima ajaran ini, berbuat demikian.” Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala kanak-kanak itu dan mendoakan mereka. Tetapi pengikut-pengikut Yesus memarahi orang yang membawa semua kanak-kanak itu. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.” Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala semua kanak-kanak itu. Kemudian Dia pergi.

MATIUS 19:1-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

SŬBARMULA tŭtkala putoslah sagala pŭrkataan Isa ini, maka undorlah iya deri nŭgri Galilia, lalu sampielah iya kajajahan tanah Yahuda, yang disŭbrang sungie Jorden. Maka banyaklah orang yang mŭngikot akan dia, maka disŭmbohkannyalah marika itu disana. ¶ Arkian datanglah orang Farisia kapadanya handak mŭnchobai akan dia, sŭrta katanya padanya, Adakah patut orang bŭrchŭrie dŭngan bininya kŭrna tiap tiap suatu sŭbab? Maka disahutnya bagie marika itu, sambil bŭrkata, Bahwa bukankah kamu tŭlah mŭmbacha, adapun Tuhan yang mŭnjadikan manusia, pada mulanya tŭlah dijadikannya kaduanya, iya itu laki laki dan pŭrampuan. Maka iya tŭlah bŭrkata, deri sŭbab itu, patutlah manusia ini bŭrjarak deripada ibu bapanya, dan bŭrdamping pada bininya; maka kaduanya itu kŭlak akan mŭnjadi suatu darah daging adanya. Sŭbab itu bukannya marika itu dua, hanya suatu darah daging juga; deri kŭrna itu, barang yang dijodohkan Allah itu, janganlah manusia mŭnchŭriekan dia. Maka bŭrkatalah marika itu padanya, Kalau bŭgitu, apakah sŭbab tŭlah disuroh ulih Musa bri surat chŭrie, maka bahrulah bulih dibuangkan pŭrampuan itu? Maka jawab Isa, Deri sŭbab kras hatimu, Musa tŭlah mŭmbiarkan angkau bŭrchŭrie dŭngan binimu, tŭtapi deripada mulanya bukannya dŭmkian. Maka aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya barang sa’orang bŭrchŭrie dŭngan bininya, mŭlainkan sŭbab zinah, dan bŭrbinikan pŭrampuan yang lain pula, maka bŭrzinahlah iya; dan jikalau barang siapa bŭrbinikan pula pŭrampuan yang bŭrchŭrie itu, iya itu pun bŭrzinah adanya. Maka jawab murid muridnya, Jikalau dŭmkianlah kiranya hal laki itu dŭngan bininya, nŭschaya tiadalah baik kahwen. Tŭtapi bŭrkata Isa pada marika itu, Bukannya orang sŭmuanya bulih mŭnrima pŭrkataan ini, mŭlainkan orang yang tŭlah dikurniakannya. Kŭrna ada orang kŭbiri yang jadi kŭbiri tŭtkala kluar deri prot ibunya, dan ada orang kŭbiri yang dikŭbirikan ulih manusia, dan ada orang kŭbiri yang tŭlah mŭngŭbirikan dirinya sŭndiri, deri kŭrna krajaan shorga; barang siapa yang kwasa mŭnrima, biarlah ditrimanya. ¶ Shahadan pada tŭtkala itu, dibawa oranglah kapadanya bŭbrapa kanak kanak, supaya ditarohnya tangan ka’atasnya, dan supaya dimintakannya doa akan dia; maka ditŭngking ulih murid muridnya akan orang orang itu. Maka kata Isa, Biarlah kanak kanak itu datang kapadaku, janganlah ditŭgahkan dia, kŭrna orang yang spŭrtinya itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Maka sŭtlah sudah ditarohnya tangan ka’atas kanak kanak itu, maka bŭrjalanlah iya deri sana.

MATIUS 19:1-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Selepas Yesus selesai berkata tentang hal-hal itu, Dia beredar dari Galilea pergi ke Yudea di seberang Sungai Yordan. Ramai orang mengikut-Nya dan Dia menyembuhkan orang sakit di situ. Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? Setelah itu, Allah berfirman, ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.” Kata orang Farisi itu, “Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?” Yesus menjawab mereka, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu. Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina.” Para murid Yesus berkata, “Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung.” Yesus menjawab, “Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang dikurniai keupayaan untuk menerimanya. Ada beberapa sebabnya seseorang itu tidak berkahwin. Ada yang dilahirkan begitu, ada yang dibuat orang begitu, dan ada pula yang membuat dirinya begitu untuk mengabdikan diri kepada kerajaan syurga. Biarlah ajaran ini diterima oleh yang mampu menerimanya.” Beberapa orang membawa kanak-kanak supaya diberkati oleh Yesus dengan meletakkan tangan-Nya ke atas mereka serta mendoakan mereka. Tetapi para murid Yesus memarahi orang yang membawa kanak-kanak itu. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga.” Yesus meletakkan tangan-Nya ke atas kanak-kanak itu dan memberkati mereka. Kemudian Dia beredar dari situ.