MATIUS 18:15-20
MATIUS 18:15-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. Jika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, ‘Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.’ Sekiranya dia enggan menerima nasihat mereka, maklumkan hal itu kepada jemaah. Jika nasihat jemaah pun tidak diterimanya, anggaplah dia seperti orang yang tidak mengenal Allah atau pemungut cukai.” “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apa yang kamu ikat di dunia akan diikat di syurga, dan apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga. Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamu di dunia ini bersetuju untuk memohon sesuatu daripada-Ku, permohonan itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga; kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun dalam nama-Ku, Aku ada di situ bersama mereka.”
MATIUS 18:15-20 Alkitab Berita Baik (BM)
“Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah kepadanya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan hal ini dengan diam-diam antara kamu berdua sahaja. Jika dia menurut kata-katamu, maka kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. Tetapi jika tidak, bawalah seorang atau dua orang bersama-samamu. Berbuatlah demikian kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Tiap-tiap tuduhan harus dikuatkan oleh kesaksian dua atau tiga orang saksi.’ Jika dia tidak mahu menerima nasihat mereka, beritahukan perkara itu kepada jemaah. Akhirnya jika dia masih tidak mahu menerima nasihat jemaah, anggaplah dia sebagai orang yang tidak mengenal Allah atau sebagai pemungut cukai.” “Ketahuilah, apa yang kamu larang di dunia, akan dilarang juga di syurga. Apa yang kamu izinkan di dunia, akan diizinkan juga di syurga. Ketahuilah juga, setiap kali dua orang antara kamu di dunia ini bersetuju berdoa bagi perkara apa sahaja, doa itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga. Hal itu demikian kerana apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka.”
MATIUS 18:15-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu. Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu. Dan jikalau ŭnggan iya akan marika itu, brilah tahu pada sidang jŭmaah, maka jikalau iya ŭnggan pula akan sidang jŭmaah, maka handaklah angkau mŭmbilang dia spŭrti orang sŭsat, dan orang yang mŭmŭgang chukie. Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, barang suatu yang kamu ikat diatas bumi ini, iya itu ada tŭrikat dalam shorga; dan barang suatu yang kamu uriekan diatas bumi ini, maka iya itu pun ada tŭrurie dalam shorga. Lagi pun aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya dua orang deripadamu bŭrmufakat sama sama diatas bumi ini, iya itu derihal barang apa yang handak dipintanya, maka iya itu akan dikurniakan bagienya ulih ayahku yang ada dishorga. Kŭrna barang dimana ada dua tiga orang bŭrhimpun deri kŭrna namaku, maka disitulah aku pun ada bŭrsama sama ditŭngah marika itu.