¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu. Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu. Dan jikalau ŭnggan iya akan marika itu, brilah tahu pada sidang jŭmaah, maka jikalau iya ŭnggan pula akan sidang jŭmaah, maka handaklah angkau mŭmbilang dia spŭrti orang sŭsat, dan orang yang mŭmŭgang chukie. Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, barang suatu yang kamu ikat diatas bumi ini, iya itu ada tŭrikat dalam shorga; dan barang suatu yang kamu uriekan diatas bumi ini, maka iya itu pun ada tŭrurie dalam shorga. Lagi pun aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya dua orang deripadamu bŭrmufakat sama sama diatas bumi ini, iya itu derihal barang apa yang handak dipintanya, maka iya itu akan dikurniakan bagienya ulih ayahku yang ada dishorga. Kŭrna barang dimana ada dua tiga orang bŭrhimpun deri kŭrna namaku, maka disitulah aku pun ada bŭrsama sama ditŭngah marika itu.
Baca Injil Mathius 18
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Injil Mathius 18:15-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video