MATIUS 16:1-12
MATIUS 16:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa orang Farisi dan orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. Yesus menjawab, [“Apabila matahari terbenam, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’ Pada pagi hari, kamu berkata, ‘Hari akan hujan, kerana langit merah dan gelap.’ Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat keadaan langit, tetapi kamu tidak dapat memahami hal-hal yang berlaku pada masa ini!] Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat, tetapi satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu hanyalah mukjizat Nabi Yunus.” Setelah berkata demikian, Yesus meninggalkan mereka lalu pergi dari situ. Apabila pengikut-pengikut Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti. Yesus berkata kepada mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.” Mereka mula bercakap sesama sendiri, “Dia berkata demikian kerana kita tidak membawa roti.” Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Dia berkata, “Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Kamu kurang percaya kepada-Ku! Adakah kamu masih belum mengerti? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima ketul roti untuk lima ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Bagaimanakah dengan tujuh ketul roti yang Aku bahagikan untuk empat ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Mengapakah kamu tidak faham bahawa Aku tidak berkata-kata tentang roti? Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki!” Barulah pengikut-pengikut Yesus faham bahawa Yesus tidak menyuruh mereka berhati-hati dengan ragi yang digunakan untuk membuat roti, tetapi dengan ajaran orang Farisi dan Saduki.
MATIUS 16:1-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka datanglah orang Farisia dan Sadukia handak mŭnchobai dia, sŭrta dipinta ulih marika itu unjokkan suatu ajaib deri dalam langit. Maka disahut Isa pada marika itu katanya, Apabila hari tŭlah pŭtang, maka kamu biasa bŭrkata, nanti jadi chuacha baik, sŭbab langit itu merah adanya. Hata pada pagi pagi hari, kamu biasa bŭrkata, hari ini handak ribot, kŭrna langit merah sŭrta dŭngan rŭdopnya. Hie orang munafik, bahwa sasungguhnya kamu dapat mŭngatahui rupa langit itu sahja, tŭtapi tiadakah bulih kamu mŭngatahui tandah zaman ini? Adapun katurunan yang jahat dan bŭrmukah itu, iyalah mŭnchari suatu tandah, maka barang suatu tandah pun tiada diunjokkan pada marika itu, mŭlainkan tandah nabi Yunas itu. Maka Isa pun mŭninggalkan marika itu, lalu pŭrgi. ¶ Sŭtlah sudah murid muridnya itu sampie kasŭbrang, maka lupalah marika itu mŭmbawa roti. Maka kata Isa kapada marika itu, Ingatlah kamu, sŭrta pliharakanlah dirimu deripada ragi orang Farisia dan Sadukia. Maka bŭrsangka sangka marika itu sama sŭndirinya, katanya, Inilah deri sŭbab kami tiada mŭmbawa roti. Maka apabila dikŭtahuilah ulih Isa akan hal itu, lalu iya bŭrkata pada marika itu, Hie orang yang korang iman, mŭngapakah kamu bŭrsangka sangka sama sŭndirimu, sŭbab kamu tiada mŭmbawa roti? Maka bŭlomkah kamu mŭngarti, dan tiadakah kamu ingat deri hal lima buah roti pada lima ribu orang, dan brapa bakol sisanya kamu sudah mŭngangkat? Atau tujoh buah roti pada ampat ribu orang, dan brapa bakol sisanya kamu sudah mŭngangkat? Maka bagimanakah kamu bŭlom mŭngarti? bahwa bukannya aku bŭrkata padamu deri hal roti; pliharakanlah dirimu deripada ragi orang Farisia dan Sadukia. Maka bahrulah marika itu mŭngarti, bahwa bukannya iya bŭrkata, mŭmliharakan dirinya deripada ragi roti, mŭlainkan deri pada pŭngajaran orang Farisia dan Sadukia adanya.
MATIUS 16:1-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beberapa orang Farisi dan Saduki datang kepada Yesus. Untuk menduga Yesus, mereka meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga. Yesus menjawab, “Ketika matahari masuk, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’ Pada waktu pagi, kamu berkata, ‘Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.’ Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda-tanda di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami tanda-tanda zaman ini. Manusia zaman yang durjana dan tidak setia ini ingin melihat tanda mukjizat. Tetapi satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali tanda Nabi Yunus.” Setelah berkata demikian, Yesus pun pergi dari situ. Ketika para murid Yesus berperahu ke seberang, mereka terlupa membawa roti. Yesus berkata kepada mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.” Mereka mula berkata-kata sesama sendiri, “Dia berkata begitu kerana kita tidak membawa roti.” Yesus mengetahui apa yang dibincangkan mereka lalu Dia bertanya, “Mengapa kamu memperbincangkan hal tidak membawa roti? Begitu tipis kepercayaanmu! Belum fahamkah kamu? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima buku roti antara lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Bagaimana pula dengan tujuh buku roti yang Kubahagikan antara empat ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Mengapa kamu tidak mengerti bahawa Aku tidak bercakap tentang roti. Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.” Barulah mereka faham bahawa maksud Yesus bukannya ragi penaik roti tetapi ajaran orang Farisi dan Saduki.