LUKAS 20:41-47
LUKAS 20:41-47 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus bertanya kepada mereka, “Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud? Daud berkata di dalam Kitab Mazmur, ‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.’ Jika Daud memanggil Dia ‘Tuhan’, bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?” Sementara semua orang mendengarkan kata-kata-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar. Mereka memilih tempat terbaik di dalam rumah ibadat dan di majlis jamuan. Mereka memperdaya balu dan merampas rumah mereka, kemudian berpura-pura berdoa dengan berpanjangan! Mereka akan menerima hukuman yang amat berat!”

LUKAS 20:41-47 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kata Isa kapada marika itu, Bagimanakah dia orang bŭrkata Almasih itu anak Daud? Maka Daud sŭndiri tŭlah bŭrkata dalam kitab Mazmor, TUHAN itu tŭlah bŭrkata kapada Tuhanku, dudoklah angkau disŭblah kananku, Sahingga kujadikan musoh musohmu itu alas kakimu. Maka sŭbab itu Daud mŭmanggil dia Tuhan, bagimanatah iya itu anaknya? ¶ Sŭtlah itu maka dalam mŭjlis sagala kaum itu, katanya kapada murid muridnya, Jagalah deripada khatib khatib yang bŭrkahandak bŭrjalan dŭngan baju panjang, dan suka dibri orang sŭlam sŭlam dalam pasar pasar, dan ditŭmpat tŭmpat dudok yang tinggi tinggi dalam kŭnisa, dan pangkat pangkat yang mulia dalam pŭrjamuan. Yang mŭnŭlankan harta bŭnda pŭrampuan pŭrampuan janda, dan dŭngan muka muka diuchapnya doa yang panjang, maka orang itulah kŭlak akan mŭndapat la’nat yang tŭrlebih bŭsar.
LUKAS 20:41-47 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada mereka, “Bagaimana dikatakan bahawa Kristus itu anak Daud sedangkan Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: ‘Tuhan berfirman kepada Tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’ Daud menyebut Dia ‘Tuan’ bagaimana mungkin Dia anaknya pula?” Di hadapan orang ramai itu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Berhati-hatilah dengan ahli-ahli Taurat yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, suka duduk di kerusi khas di saumaah dan tempat terhormat di majlis jamuan. Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hukuman yang lebih berat.”