Yesus berkata kepada mereka, “Bagaimana dikatakan bahawa Kristus itu anak Daud sedangkan Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: ‘Tuhan berfirman kepada Tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’ Daud menyebut Dia ‘Tuan’ bagaimana mungkin Dia anaknya pula?” Di hadapan orang ramai itu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Berhati-hatilah dengan ahli-ahli Taurat yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, suka duduk di kerusi khas di saumaah dan tempat terhormat di majlis jamuan. Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hukuman yang lebih berat.”
Baca Lukas 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 20:41-47
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video