LUKAS 1:57-80
LUKAS 1:57-80 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila tiba masanya Elisabet bersalin, dia melahirkan seorang anak lelaki. Semua jiran dan sanak saudaranya mendengar betapa baiknya Tuhan terhadap Elisabet, dan mereka ikut bersukacita dengan dia. Setelah bayi itu berumur lapan hari, mereka datang untuk menyunat dia. Mereka hendak menamakan bayi itu Zakharia menurut nama bapanya. Tetapi ibunya berkata, “Jangan! Dia harus dinamakan Yohanes.” Mereka berkata kepadanya, “Tetapi tidak seorang pun antara sanak saudaramu bernama begitu.” Lalu dengan isyarat, mereka bertanya kepada bapa bayi itu nama yang hendak diberikan kepada anaknya. Zakharia meminta sebuah papan tulis lalu menulis, “Namanya Yohanes.” Mereka semua hairan. Pada masa itu juga Zakharia dapat bercakap semula lalu mula memuji-muji Allah. Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea. Semua orang yang mendengar perkara itu berkata dalam hati, “Anak ini tentu akan menjadi orang besar.” Mereka berkata demikian kerana nyata sekali kuasa Tuhan menyertainya. Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata, “Marilah kita memuji Tuhan, Allah bangsa Israel! Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya dan membebaskan mereka. Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa, seorang keturunan Daud, hamba-Nya. Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh, dan daripada kuasa orang yang membenci kita. Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita, serta ingat akan janji-Nya yang suci itu. Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham, dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh, serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut, supaya kita menjadi suci dan menyenangkan hati-Nya sepanjang hidup kita. Engkau, hai anakku, akan disebut nabi Allah Yang Maha Tinggi. Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya, supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan, apabila Allah mengampunkan dosa mereka. Allah kita pengasih dan penyayang. Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut. Dia akan memimpin kita ke jalan yang menuju kedamaian.” Anak Zakharia membesar dan semakin kuat kerohaniannya. Dia tinggal di padang gurun sehingga tiba masanya dia menampilkan diri kepada umat Israel.
LUKAS 1:57-80 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun Ilisabeth itu pun tŭlah gŭnaplah bulannya yang patut iya branak, maka branaklah iya sa’orang anak laki laki. Maka orang orang yang sŭkampong dŭngan dia, dan sa’pupu sa’pupunya mŭnŭngar bagimana Tuhan tŭlah mŭngunjokkan kasihan bŭsar atasnya, maka suka chitalah marika itu bŭrsama sama dŭngan dia. Maka skali pŭrstua pada hari yang kadŭlapan, maka datanglah marika itu mŭnyunatkan kanak kanak itu, maka dinamai akan dia Zakaria, mŭnurot nama bapanya. Maka jawab bondanya, sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Bukannya dŭmkian, mŭlainkan patutlah iya dinamai Yahya. Maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Tiadalah sa’orang pun kŭturonanmu yang bŭrnama dŭngan nama ini. Maka marika itu mŭmbri isharat kapada bapanya, apakah yang dikahandakinya budak itu dinamai? Maka dipintanya satu papan mŭnulis, maka ditulisnya namanya itu Yahya; maka marika itu skalian pun tŭrchŭnganglah. Maka dŭngan skutika itu juga mulotnya pun tŭrbukalah, dan lidahnya pun tŭrlŭpaslah, maka bŭrtutorlah iya sambil mŭmuji Allah. Maka datanglah kŭtakotan ka’atas sagala orang yang diam bŭrkliling marika itu, dan sagala pŭrkataan ini tŭlah tŭrmashorlah dalam sagala nŭgri nŭgri yang bŭrbukit ditanah Yahuda. Maka sagala marika itu yang mŭnŭngar akan dia itu, ditarohnyalah kŭdalam hatinya, katanya, Apakah macham budak garangannya ini? maka adalah tangan Tuhan bŭrsama sama dŭngan dia. Maka adalah Zakaria bapanya itu tŭlah pŭnohlah dŭngan Roh Alkudus, lalu bŭrnabuatlah iya katanya, Slamatlah kiranya Allah Tuhan bagie Israil, kŭrna iya mŭlawat sŭrta mŭnŭbus akan kaumnya. Maka tŭlah mŭmbangunkan suatu tandok slamat bagie kami dalam rumah hambanya Daud. Spŭrti yang tŭlah iya bŭrkata kata dŭngan mulot nabi nabinya yang suchi, yang tŭlah lalu sŭmŭnjak dunia ini dimulai. Supaya kita akan tŭrlŭpas deripada sŭtru sŭtru kami, dan deripada tangan sagala yang mŭmbŭnchikan kita. Akan mŭngadakan kasihan yang tŭlah dijanjikan kapada nenek moyang kami, dan akan tŭringat pŭrjanjiannya yang suchi itu. Adapun sumpah yang tŭlah iya bŭrsumpah kapada nenek moyang kami Ibrahim, Iya mŭngurniakan kapada kami, supaya kami yang tŭlah tŭrlŭpas deripada tangan sŭtru sŭtru kami bulih bŭribadat kapadanya dŭngan tiada kŭtakotan. Dŭngan kŭsuchian, dan kŭbŭnaran dihadapannya sa’umor hidop kita. Maka angkau, kanak kanak akan dinamai nabi Kŭtinggian, kŭrna angkaulah akan pŭrgi dahulu kahalrat Tuhan, akan mŭnyŭdiakan jalan jalannya. Akan mŭmbri pŭngtahuan slamat kapada kaumnya dŭngan mŭnghapuskan dosa dosanya. Dŭngan kasihan Allah kami yang lŭmah lŭmbut, sŭbab itulah dini hari deri kŭtinggian tŭlah mŭlawat akan kami. Akan mŭmbri trang kapada marika itu yang dudok dalam gŭlap, dan dalam bayang bayang kŭmatian; akan mŭmimpin kaki kami kŭdalam jalan slamat. ¶ Maka kanak kanak itu pun chŭrdeklah, bŭrtambah tambahlah kuat dalam rohnya, maka iya itu dalam padang bŭlantara, sahingga sampielah pada hari iya mŭnunjokkan dirinya kapada Israil.
LUKAS 1:57-80 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tibalah masanya untuk Elisabet bersalin dan dia melahirkan seorang anak lelaki. Apabila jiran tetangga dan saudara-maranya mendengar bahawa Tuhan telah melimpahkan belas kasih yang begitu besar kepadanya, mereka turut bergembira bersamanya. Pada hari yang kelapan, mereka datang untuk menyunatkan bayi itu. Mereka mahu menamainya Zakharia seperti nama bapanya. Tetapi ibunya berkata, “Tidak! Namanya ialah Yohanes.” Mereka berkata kepada Elisabet, “Tiada seorang pun daripada kaum keluargamu yang bernama sedemikian.” Lalu mereka bertanya kepada bapanya dengan menggunakan isyarat nama yang hendak diberikan kepada anaknya itu. Dia meminta papan tulis lalu menulis demikian, “Namanya Yohanes.” Semuanya kehairanan. Pada seketika itu, mulut Zakharia terbuka dan lidahnya tidak terikat lalu dia bercakap dan memuji Allah. Semua jirannya sangat takut dan segala perkara ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea. Semua orang yang mendengarnya berkata dalam hati masing-masing, “Bagaimanakah gerangan halnya anak ini kelak?” Jelaslah bahawa tangan Tuhan memimpinnya. Bapanya, Zakharia, dipenuhi dengan Roh Kudus lalu bernubuat, “Segala puji bagi Tuhan, Allah Israel! Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya; Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud. Demikianlah firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang suci dari zaman dahulukala, Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita, dan daripada tangan semua orang yang membenci kita; Dia mengasihani nenek moyang kita, dan mengingati perjanjian-Nya yang suci, Dia berjanji kepada nenek moyang kita, Abraham, untuk menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita supaya tanpa rasa takut kita beribadat kepada-Nya dalam kesucian dan perbenaran sepanjang hidup kita. Engkau, anakku, akan digelar nabi Allah Yang Maha Tinggi kerana engkau mendahului Tuhan demi menyediakan jalan-Nya, dan memberitahu umat-Nya bahawa mereka diselamatkan apabila dosa mereka diampunkan. Oleh sebab Allah kita mengasihani kita, cahaya matahari akan terbit dari tempat tinggi untuk menerangi orang yang tinggal dalam kegelapan dan bayang maut serta memimpin kita ke jalan damai.” Anak itu semakin membesar dan bertambah kuat rohnya. Dia tinggal di gurun sehinggalah dia muncul di khalayak bangsa Israel.