YOSUA 10:12-14
YOSUA 10:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari TUHAN memberikan kemenangan kepada umat Israel terhadap orang Amori, Yosua bercakap dengan TUHAN. Di hadapan umat Israel Yosua berkata, “Hai matahari, berhentilah di atas Gibeon. Hai bulan, berhentilah di atas Lembah Ayalon.” Matahari berhenti dan bulan pun tidak bergerak sehingga umat Israel telah mengalahkan musuh mereka. Kisah ini tertulis di dalam Kitab Yasar. Matahari berhenti di tengah-tengah langit sehari suntuk, dan lama sekali barulah matahari terbenam pada hari itu. Baik pada masa lampau mahupun sejak hari itu, hal seperti itu tidak pernah berlaku apabila TUHAN menurut keinginan manusia. Pada hari itu TUHAN berperang bagi pihak umat Israel.
YOSUA 10:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari TUHAN menyerahkan bani Amori itu kepada orang Israel, berdoalah Yosua kepada TUHAN, lalu di hadapan mata orang Israel dia berkata, “Wahai matahari, berhentilah engkau di atas Gibeon dan engkau, wahai bulan, di atas Lembah Ayalon!” Maka matahari pun berhenti dan bulan pun tertahan sampai bangsa itu menuntut balas terhadap musuh-musuh mereka. Bukankah hal itu tertulis dalam Kitab Yasar? Sehari suntuk matahari tertahan di tengah-tengah langit dan tidak cepat-cepat terbenam. Belum pernah ada hari seperti itu sebelum ataupun sesudahnya, bahawa TUHAN mendengar permohonan seorang manusia sedemikian, kerana TUHAN berperang demi orang Israel.