AYUB 34:17-19
AYUB 34:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika Allah membenci keadilan, Dia tidak patut memerintah. Adakah kamu menyalahkan Allah yang adil dan perkasa? Allah menyalahkan pemerintah dan raja, apabila mereka berbuat jahat dan derhaka. Allah menciptakan setiap insan; Dia tidak menyebelahi raja, atau mengutamakan yang kaya daripada yang miskin.
AYUB 34:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Wajarkah pembenci keadilan memerintah? Wajarkah engkau menyalahkan Dia yang adil dan perkasa, yang berfirman kepada raja, ‘Wahai, orang dursila,’ dan kepada para bangsawan, ‘Wahai, orang fasiq,’ yang tidak memihak kepada para pembesar dan tidak memandang orang kaya lebih daripada orang miskin, kerana mereka semua buatan tangan-Nya?