AYUB 23:1-7
AYUB 23:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Ayub menjawab, “Aku tetap memberontak dan membantah Allah; aku tidak dapat menahan keluh kesah. Alangkah baiknya jika aku tahu di mana Allah berada, dan dapat pergi ke tempat-Nya. Maka aku akan mengajukan perkaraku kepada-Nya, dan membela diri dengan sedaya upaya. Aku hendak tahu apa yang akan dikatakan-Nya, dan bagaimana Dia memberikan jawapan-Nya. Adakah Allah dengan segala kekuatan-Nya menentang diriku? Tidak, Dia akan mendengarkan kata-kataku. Aku jujur dan dapat berhujah dengan Allah, dan aku akan dinyatakan tidak bersalah untuk selama-lamanya.
AYUB 23:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Ayub menjawab, “Bahkan hari ini pun keluhanku getir, tekananku berat, begitu juga keluh-kesahku. Sekiranya aku tahu di mana aku boleh menemui Dia, sehingga aku boleh datang ke tempat Dia bersemayam! Aku akan menyusun perkaraku di hadapan-Nya dan memenuhi mulutku dengan pembelaan. Aku mahu mengetahui jawapan-jawapan yang diberikan-Nya kepadaku, dan memahami apa yang difirmankan-Nya kepadaku. Sudikah Dia berperkara dengan aku dalam kuasa-Nya yang besar? Tidak, tetapi Dia akan memberikan perhatian kepadaku. Di sana orang yang lurus hati dapat membela diri di hadapan-Nya, dan aku akan bebas daripada Hakimku untuk selama-lamanya.