Kemudian Ayub menjawab, “Bahkan hari ini pun keluhanku getir, tekananku berat, begitu juga keluh-kesahku. Sekiranya aku tahu di mana aku boleh menemui Dia, sehingga aku boleh datang ke tempat Dia bersemayam! Aku akan menyusun perkaraku di hadapan-Nya dan memenuhi mulutku dengan pembelaan. Aku mahu mengetahui jawapan-jawapan yang diberikan-Nya kepadaku, dan memahami apa yang difirmankan-Nya kepadaku. Sudikah Dia berperkara dengan aku dalam kuasa-Nya yang besar? Tidak, tetapi Dia akan memberikan perhatian kepadaku. Di sana orang yang lurus hati dapat membela diri di hadapan-Nya, dan aku akan bebas daripada Hakimku untuk selama-lamanya.
Baca Ayub 23
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ayub 23:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video