YOHANES 9:35-38
YOHANES 9:35-38 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus mendengar bahawa mereka telah melarang orang itu masuk ke rumah ibadat. Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?” Orang itu menjawab, “Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya.” Yesus berkata kepadanya, “Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini.” Orang itu menjawab, “Ya Tuhan, saya percaya.” Lalu dia sujud di hadapan Yesus.
YOHANES 9:35-38 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula maka tŭrdŭngarlah kapada Isa, bahwa orang buta itu tŭlah ditolakkan ulih orang Yahudi kluar, maka apa bila iya bŭrtŭmu dŭngan dia, lalu bŭrkatalah Isa kapadanya, Adakah angkau pŭrchaya akan Anak Allah itu? Maka mŭnyahutlah iya katanya, Tuhan, siapakah dia supaya aku pŭrchaya akan dia? Maka kata Isa padanya, Angkau sudah mŭlihat akan dia, maka iya itulah yang bŭrkata kata dŭngan dikau. Maka katanya, Tuhan, pŭrchayalah sahya; lalu sujudlah iya mŭnyŭmbah akan dia.
YOHANES 9:35-38 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus mendengar bahawa mereka telah menghalaunya keluar, dan selepas menemuinya, Dia bertanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?” Orang itu menjawab, “Siapakah Dia, Tuan? Katakanlah kepadaku, supaya aku dapat percaya kepada-Nya.” Yesus berkata, “Kamu sudah pun melihat-Nya. Dialah yang sedang bercakap denganmu sekarang.” Orang itu berkata, “Ya Tuhan, aku percaya.” Dia pun sujud kepada Yesus.