Yesus mendengar bahawa mereka telah menghalaunya keluar, dan selepas menemuinya, Dia bertanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?” Orang itu menjawab, “Siapakah Dia, Tuan? Katakanlah kepadaku, supaya aku dapat percaya kepada-Nya.” Yesus berkata, “Kamu sudah pun melihat-Nya. Dialah yang sedang bercakap denganmu sekarang.” Orang itu berkata, “Ya Tuhan, aku percaya.” Dia pun sujud kepada Yesus.
Baca Yohanes 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 9:35-38
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video