YOHANES 5:31-47

YOHANES 5:31-47 Alkitab Berita Baik (BM)

Jika Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian itu tidak dapat diterima sebagai bukti yang benar. Tetapi Bapa memberikan kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian-Nya benar. Kamu mengirim utusan kepada Yohanes, dan Yohanes sudah memberikan kesaksian yang benar tentang diri-Ku. Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian daripada manusia, tetapi Aku berkata demikian supaya kamu boleh diselamatkan. Yohanes bagaikan pelita yang menyala dan bersinar. Untuk sementara waktu kamu menikmati cahayanya dan kamu bersukacita. Tetapi kesaksian daripada perbuatan-Ku lebih penting daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan semua itu membuktikan bahawa Bapa sudah mengutus Aku. Bapa yang mengutus Aku pun memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Kamu belum pernah mendengar suara-Nya atau melihat muka-Nya. Kamu tidak percaya kepada firman-Nya, kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya. Kamu menyelidiki Alkitab kerana menyangka bahawa dengan cara itu kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal. Sebenarnya Alkitab memberikan kesaksian tentang Aku. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku supaya beroleh hidup sejati. Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia. Aku kenal akan kamu. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah. Aku datang dengan kuasa Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut Aku. Tetapi manakala seorang lain datang dengan kuasanya sendiri, kamu menyambut dia. Bagaimanakah kamu boleh percaya kepada-Ku, jika kamu mencari pujian daripada sesama kamu sendiri? Kamu tidak berusaha untuk mencari pujian daripada Allah yang Esa. Janganlah sangka bahawa Aku akan menuduh kamu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itu, yang akan menuduh kamu. Jika kamu benar-benar percaya kepada Musa, tentu kamu akan percaya kepada-Ku, kerana Musa menulis tentang Aku. Kamu tidak percaya kepada apa yang ditulis oleh Musa, bagaimanakah kamu dapat percaya kepada apa yang Aku katakan?”

YOHANES 5:31-47 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Adapun jikalau aku mŭnjadi saksi akan diriku sahja, bahwa saksiku itu tiada bŭnar. Maka adalah sa’orang lain yang tŭlah mŭnjadi saksi akan daku, maka aku tahu bahwa saksi yang disaksikannya akan daku itu bŭnar adanya. Bahwa kamu tŭlah mŭnyurohkan orang kapada Yahya, maka iya tŭlah sudah mŭnjadi saksi atas kŭbŭnaran itu. Maka tiada aku mŭnŭrima saksi deripada manusia, mŭlainkan aku mŭngatakan sagala pŭrkara ini, supaya kamu bŭrulih slamat adanya. Adapun Yahya itulah dian yang bŭrnyala dan bŭrchahya itu, maka kamu tŭlah bŭrkahandaklah bŭrsuka sukaan barang skutika juga dalam trangnya itu. ¶ Tŭtapi padaku ada saksi yang tŭrlebih bŭsar deripada yang disaksikan ulih Yahya, kŭrna sagala pŭrbuatan yang tŭlah dipulangkan ulih Ayah kapadaku akan mŭnghabiskan dia; adapun sagala pŭrbuatan yang kupŭrbuat itulah mŭnjadi saksi akan daku: bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan aku. Lagi pun Ayah sŭndiri yang tŭlah mŭnyurohkan aku, tŭlah mŭnjadi saksi akan daku; bahwa kamu bŭlom pŭrnah mŭnŭngar swaranya skali pun, atau mŭlihat rupanya. Maka adapun pŭrkataannya itu tiada kamu taroh dalam hatimu, kŭrna orang yang disurohkannya itu kamu tiada pŭrchaya. ¶ Bahwa sŭlideklak kamu akan kitab itu; kŭrna pada sangkamu bulih mŭndapat didop kŭkal deri dalamnya, adapun kitab itulah yang bŭrsaksi iya deri halku. Maka kamu tiada juga mahu datang kapadaku, supaya bŭrulih slamat itu. Bahwa aku tiada mŭnŭrima hormat deripada manusia. Tŭtapi aku mŭngtahui kamu, bahwa tiada kamu mŭnaroh kasih dalam hatimu akan Allah. Adapun aku ini tŭlah datang dŭngan nama Ayahku, maka tiada kamu mŭnyambut aku; maka jikalau sŭkiranya sa’orang lain datang dŭngan namanya sŭndiri, nŭschaya kamu sambut dia. Bagimanakah kamu orang yang mŭnŭrima hormat sa’orang deripada sa’orang itu bulih pŭrchaya, tŭtapi hormat yang datang deripada Allah sahja tiada kamu mŭnuntut? Maka janganlah kamu sangkakan aku handak mŭnudohi kamu kapada Ayah itu; bahwa adapun orang yang mŭnudohkan kamu itu, iya itu Musa yang kamu harap itu. Maka jikalau kiranya kamu pŭrchaya akan Musa, dapat tiada kamu pŭrchaya akan daku, kŭrna iyalah yang tŭlah mŭnyuratkan deri halku. Tŭtapi jikalau kamu tiada pŭrchaya akan surat suratnya itu, bagimanakah kamu bulih pŭrchaya akan pŭrkataanku?

YOHANES 5:31-47 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Jika Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, itu tidaklah wajar diterima sebagai bukti yang sah. Ada lain yang memberikan kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian yang disampaikan-Nya tentang-Ku itu benar. Kamu telah mengutus orang untuk berjumpa dengan Yohanes, dan dia telah bersaksi tentang kebenaran. Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan dapat diselamatkan. Yohanes ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih untuk menikmati cahayanya. Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku. Bapa yang mengutus-Ku dan memberikan kesaksian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya. Firman-Nya tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa. Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal. Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia. Aku mengenalmu. Aku tahu kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah. Aku datang atas nama Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut-Ku. Namun demikian, ketika orang lain datang atas namanya sendiri, kamu menyambutnya. Bagaimana kamu mungkin percaya kepada-Ku, sedangkan kamu mencari pujian sesama sendiri? Kamu tidak berusaha mendapatkan pujian daripada Allah yang esa. Jangan sangka Aku akan menuduhmu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itulah yang akan menuduhmu. Sekiranya benar kamu percaya kepada Musa, tentulah kamu percaya kepada-Ku, kerana Musa telah menulis tentang diri-Ku. Kamu tidak percaya akan apa yang ditulis oleh Musa, maka bagaimana kamu mungkin percaya akan apa yang Kukatakan?”