Jika Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, itu tidaklah wajar diterima sebagai bukti yang sah. Ada lain yang memberikan kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian yang disampaikan-Nya tentang-Ku itu benar. Kamu telah mengutus orang untuk berjumpa dengan Yohanes, dan dia telah bersaksi tentang kebenaran. Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan dapat diselamatkan. Yohanes ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih untuk menikmati cahayanya. Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku. Bapa yang mengutus-Ku dan memberikan kesaksian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya. Firman-Nya tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa. Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal. Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia. Aku mengenalmu. Aku tahu kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah. Aku datang atas nama Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut-Ku. Namun demikian, ketika orang lain datang atas namanya sendiri, kamu menyambutnya. Bagaimana kamu mungkin percaya kepada-Ku, sedangkan kamu mencari pujian sesama sendiri? Kamu tidak berusaha mendapatkan pujian daripada Allah yang esa. Jangan sangka Aku akan menuduhmu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itulah yang akan menuduhmu. Sekiranya benar kamu percaya kepada Musa, tentulah kamu percaya kepada-Ku, kerana Musa telah menulis tentang diri-Ku. Kamu tidak percaya akan apa yang ditulis oleh Musa, maka bagaimana kamu mungkin percaya akan apa yang Kukatakan?”
Baca Yohanes 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 5:31-47
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video