YOHANES 4:1-9
YOHANES 4:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang Farisi mendengar bahawa Yesus mendapat dan membaptis lebih ramai pengikut daripada Yohanes. ( Sebenarnya Yesus tidak membaptis sesiapa pun melainkan para pengikut-Nya yang melakukan hal itu.) Apabila Yesus tahu bahawa orang Farisi sudah mendengar hal itu, Dia meninggalkan Yudea lalu kembali ke Galilea. Dalam perjalanan-Nya ke sana Yesus harus melalui Samaria. Di Samaria Yesus tiba di sebuah bandar bernama Sikhar, yang tidak jauh dari sebidang tanah yang dahulu diberikan oleh Yakub kepada Yusuf anaknya. Di situ ada sebuah perigi yang dahulunya milik Yakub. Yesus yang penat kerana perjalanan-Nya, duduk di pinggir perigi itu. Masa itu kira-kira pukul dua belas tengah hari dan pengikut-pengikut Yesus telah pergi ke bandar untuk membeli makanan. Kemudian seorang wanita Samaria datang untuk menimba air. Yesus berkata kepadanya, “Berilah Aku minum.” Wanita Samaria itu menjawab, “Tuan orang Yahudi sedangkan saya orang Samaria. Mengapa tuan meminta minum daripada saya?” (Orang Yahudi tidak mahu menggunakan cawan dan mangkuk yang pernah digunakan oleh orang Samaria.)
YOHANES 4:1-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BURMULA apabila dikŭtahui ulih Tuhan, bahwa orang Farisia pun tŭlah mŭnŭngar akan hal Isa mŭndapat banyak orang murid dan mŭmbaptisakan dia lebih deripada Yahya. Tŭtapi bukannya Isa sŭndiri mŭmbaptisakan marika itu, mŭlainkan murid muridnya. Maka Isa pun mŭninggalkan tanah Yahuda, lalu kŭmbalilah iya kŭtanah Gŭlilia. Maka tŭrlebih sŭnanglah bagienya mŭmintas tanah Samaria. Hata maka sampielah iya kapada suatu nŭgri dalam tanah Samaria yang bŭrnama Siekar, iya itu dŭkat dŭngan sa’kŭping tanah yang dibri ulih Yakob akan anaknya Yusof itu. Maka adalah disitu prigi Yakob; maka sŭbab Isa tŭlah pŭnat bŭrjalan itu dudoklah iya ditŭpi prigi itu, iya itu sŭkira kira pukol duablas tŭngah hari. Maka datanglah sa’orang pŭrampuan Samaria handak mŭnimba ayer; maka kata Isa padanya, Brilah aku minum. Kŭrna murid muridnya itu sudah masok kŭdalam nŭgri mŭmbli makanan. Maka jawab pŭrampuan Samaria padanya, Bagimana bulih angkau sa’orang Yahudi mŭminta deripadaku sa’orang pŭrampuan Samaria ini? kŭrna orang orang Yahudi tiada bŭramah ramahan dŭngan orang orang Yahudi adanya.
YOHANES 4:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yesus mengetahui orang Farisi telah mendengar berita bahawa Dia mendapat dan membaptis lebih ramai murid berbanding dengan Yohanes, (sebenarnya para murid Yesus yang membaptis, bukan Yesus), Dia pun meninggalkan Yudea lalu pulang ke Galilea semula. Dalam perjalanan-Nya itu, Yesus semestinya melalui Samaria. Di Samaria, Yesus sampai di bandar Sikhar, berdekatan dengan sebidang tanah yang dahulu diberikan oleh Yakub kepada anaknya Yusuf. Di situ ada sebuah perigi Yakub. Oleh sebab berasa letih setelah berjalan jauh, Yesus duduk berehat di tepi perigi itu. Waktu itu kira-kira jam keenam. Kemudian datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Berilah Aku minum.” Murid-murid Yesus telah pergi ke bandar untuk membeli makanan. Perempuan Samaria itu menjawab, “Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?” (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.)