Ketika Yesus mengetahui orang Farisi telah mendengar berita bahawa Dia mendapat dan membaptis lebih ramai murid berbanding dengan Yohanes, (sebenarnya para murid Yesus yang membaptis, bukan Yesus), Dia pun meninggalkan Yudea lalu pulang ke Galilea semula. Dalam perjalanan-Nya itu, Yesus semestinya melalui Samaria. Di Samaria, Yesus sampai di bandar Sikhar, berdekatan dengan sebidang tanah yang dahulu diberikan oleh Yakub kepada anaknya Yusuf. Di situ ada sebuah perigi Yakub. Oleh sebab berasa letih setelah berjalan jauh, Yesus duduk berehat di tepi perigi itu. Waktu itu kira-kira jam keenam. Kemudian datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Berilah Aku minum.” Murid-murid Yesus telah pergi ke bandar untuk membeli makanan. Perempuan Samaria itu menjawab, “Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?” (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.)
Baca Yohanes 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 4:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video