YOHANES 3:26-36

YOHANES 3:26-36 Alkitab Berita Baik (BM)

Kemudian mereka pergi kepada Yohanes dan berkata, “Adakah guru masih ingat akan orang yang bersama-sama guru di seberang Sungai Yordan itu, orang yang guru tunjukkan kepada kami dahulu? Lihatlah, sekarang dia membaptis orang dan semua orang pergi kepadanya!” Yohanes menjawab, “Seseorang tidak dapat menerima sesuatu, jika Allah tidak memberikannya. Kamu sendiri menjadi saksiku bahawa aku pernah berkata, ‘Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, tetapi aku diutus terlebih dahulu daripada-Nya.’ Pengantin perempuan kepunyaan pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki hanya menunggu dan mendengar, serta bersukacita apabila dia mendengar suara pengantin lelaki. Begitulah halnya dengan aku. Sekarang kegembiraanku sempurna. Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting.” Dia yang datang dari syurga paling utama daripada semua orang. Orang yang datang dari dunia tergolong orang dunia, dan dia bercakap tentang perkara-perkara dunia ini. Tetapi Dia yang datang dari syurga, Dialah yang paling utama! Dia memberitahukan apa yang dilihat-Nya dan didengar-Nya, tetapi tidak seorang pun menerima kesaksian-Nya. Tetapi orang yang menerima kesaksian-Nya mengakui bahawa apa yang difirmankan oleh Allah benar. Orang yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan Roh-Nya kepada Dia dengan sepenuhnya. Bapa mengasihi Anak-Nya dan sudah menyerahkan segala sesuatu di bawah kuasa-Nya. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya.

YOHANES 3:26-36 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka datanglah murid murid itu kapada Yahya, lalu bŭrkata padanya, Ya Rabbi, adapun orang yang bŭrsama sama dŭngan angkau disŭbrang Jorden itu, yang augkau tŭlah bŭrsaksi derihalnya, bahwa tengoklah iya pun ada mŭmbaptisakan orang, maka sŭmuanya orang datang kapadanya. Maka jawab Yahya, Sa’orang pun tiada mŭndapat barang sa’pŭrkara, jikalau tiada dikurniakan akan dia deri dalam shorga. Bahwasanya kamu sŭndiri saksi, aku tŭlah bŭrkata, bukannya aku Almasih, mŭlainkan aku ini tŭlah disurohkan dahulu deripadanya. Adapun yang mŭmpunyai pŭngantin pŭrampuau itu iyalah mŭmpŭlie laki laki; tŭtapi sahabat mŭmpŭlie laki laki yang bŭrdiri mŭnŭngar akan dia itu, mŭnumpang sukalah sahja, sŭbab mŭnŭngar swaranya itu; maka sŭbab itu kŭsukaanku pun sampornalah. Bahwa sŭsungguhnya iya juga patut bŭrtambah tambah, tŭtapi aku ini akan bŭrkorang korangan adanya. Maka orang yang turon deri atas, maka iya itu tŭrlebih deripada sŭmua adanya; orang yang jadi dibumi itu, spŭrti bumilah juga, maka pŭrkataannya pun derihal bumi juga adanya; maka adapun orang yang turon deri langit, maka iya itu tŭrlebih deripada sŭmua. Maka barang suatu yang dilihatnya, dan didŭngarnya, itulah akan disaksikannya, tŭtapi tiada ditrima orang saksinya itu Adapun orang yang tŭlah mŭnŭrima saksinya itu, maka dimutriekannyalah bahwasanya Allah itu bŭnar adanya. Kŭrna orang yang tŭlah disurohkan Allah itu iya mŭngatakan pŭrkataan Allah, sŭbab dibri Allah Roh Alkudus itu kapadanya dŭngan tiada bŭrkira kira. Maka Ayah mŭngasihi Anak itu lalu disŭrahkannyalah sagala sŭsuatu kŭdalam tangannya. Maka orang yang pŭrchaya akan Anak itu bŭrulih hidop yang kŭkal, dan orang yang tiada pŭrchaya akan Anak itu, maka tiadalah iya akan mŭndapat slamat itu, mŭlainkan morka Allah tŭrtanggong juga diatasnya.

YOHANES 3:26-36 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Mereka pergi kepada Yohanes dan berkata, “Rabbi, seorang yang bersama dengan engkau di seberang Sungai Yordan dahulu, orang yang engkau tunjukkan kepada kami, Dia membaptis orang dan semua orang pergi kepada-Nya.” Yohanes menjawab, “Seseorang tidak mungkin menerima sesuatu kecuali diberi kepadanya dari syurga. Kamu semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, ‘Aku bukanlah Kristus, tetapi aku diutus sebelum-Nya.’ Yang mendapatkan pengantin perempuan ialah pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang sempurnalah kebahagiaanku. Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil.” Dia yang datang dari atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari dunia datang dari dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang datang dari syurga adalah di atas segala-galanya, Dia menyampaikan apa yang dilihat dan didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya. Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar. Dia yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniai-Nya Roh Kudus sepenuhnya. Bapa kasih akan Anak-Nya dan telah meletakkan segala-galanya di bawah kuasa Anak-Nya. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang tidak taat kepada-Nya tidak akan mendapat hidup yang kekal itu dan kemurkaan Allah kekal ke atasnya.